"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


30 April 2014

Majlis Komensmen NPQEL 2014

Saya akan berada di majlis Komensmen NPQEL 2014.

Majlis ini akan dilangsungkan di Hotel Kelana Resort, Seremban, Negeri Sembilan dari 2 dan 3 Mei 2014.

Majlis ini dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).

Dijangkakan Menteri Pendidikan II dan juga Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia akan turut sama menyertai majlis tersebut.

Perasmian untuk majlis Komensmen NPQEL Sidang 1 akan dilakukan oleh Menteri Pendidikan II manakala perasmian untuk majlis Komensmen NPQEL Sidang 2 akan dilakukan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.


I will be attending the NPQEL 2014 Commencement Ceremony.

The ceremony will be held at Kelana Resort Hotel, Seremban, Negeri Sembilan from 2nd to 3rd May 2014.

This ceremony is organized by Institut Aminuddin Baki (IAB)

It is expected that Education Minister II as well as Education Director will be present during the ceremony.

Launching of NPQEL 2014 Commencement Ceremony Session 1 will be officiated by Education Minister II while Session 2 will be officiated by the Education Director.

7 April 2014

Satu siri terawal yang saya tulis ialah Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia. Siri ini terdiri daripada 11 buah buku yang memperkenalkan 11 buah negeri di dalam Malaysia.

Siri ini telah ditulis pada tahun 1982 dan telah diterbitkan oleh Johore Central Stores, Johor Bahru, Johor.

Negeri-negeri yang diperkenalkan dalam siri tersebut ialah:

1. Johor
2. Negeri Sembilan
3. Melaka
4. Selangor / Wilayah Persekutuan
5. Perak
6. Pulau Pinang
7. Kedah
8. Perlis
9. Kelantan
10. Terengganu
11. Pahang

Penulisan Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia ini merupakan satu penulisan yang sukar dihasilkan kerana kekurangan sumber rujukan pada masa itu. Saya terpaksa merujuk kepada maklumat asas yang diperolehi daripada laporan-laporan agensi-agensi setiap negeri tersebut. Sebahagian besar kandungan buku ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri, termasuklah koleksi gambarnya.

Pada masa penerbitannya (1982) Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia merupakan satu-satunya jenis yang pertama yang dihasilkan di Malaysia untuk bacaan pelajar dan orang awam. Ia ditulis menggunakan bahasa yang mudah supaya sesuai untuk pembaca di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Penulisan ini juga difikirkan sesuai bagi peminat pelajaran Geografi dan juga pendidikan persekitaran yang berhubung rapat dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Untuk menerbitkan Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia ini, saya telah "merantau" ke semua negeri tersebut untuk mengumpul data dan mengambil gambar. Pengalaman ini merupakan satu pengalaman indah yang tidak dapat saya lupakan.

Siri ini mungkin akan dikemaskini kerana data di dalamnya sudah lapuk. Data mengenai Sabah dan Sarawak akan ditambah untuk melengkapkan kesemua negeri di dalam Malaysia. Di samping itu, buku Selangor / Wilayah Persekutuan akan diasingkan untuk memasukkan maklumat mengenai Wilayah Persekutuan Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

 









 
 
One of the earliest books I wrote was a series known as "Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia" or loosely translated as "Knowing the Malaysian States". This series consist of 11 books which introduces 11 states of Malaysia.
 
This series was written in the year 1982 and was published by Johore Central Stores, Johor Bahru, Johore.
 
The states introduced in the series are:
 
1. Johore
2. Negeri Sembilan
3. Melaka
4. Selangor / Wilayah Persekutuan
5. Perak
6. Penang
7. Kedah
8. Perlis
9. Kelantan
10. Terengganu
11. Pahang
 
Writing this series was a daunting task because at the time, the was a significant lack of references. I had to extract raw data from reports obtained from each relevant state agencies in each particular state. Most of the content are based on my own research, which includes the photos collection.
 
During its publication back in 1982, this series was the only available series produced in Malaysia as the reading material for schools and for the general public. It was written using a simple language to cater to the primary and secondary school readers. This series is also suitable for Geography enthusiasts as well as for environmental studies which was part of the "Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)" or loosely translated as "New Curriculum for Primary Schools"
 
To publish this series, I travelled to all those states to collect data as well as capture photos. It was a wonderful experience which I will never forget.

This series maybe will be updated as the data are obsolete. Data regarding Sabah and Sarawak will be added to completely reflect all the states of Malaysia. Besides that, the book "Selangor / Wilayah Persekutuan" will be separated, to allow data for Wilayah Persekutuan Labuan and also Wilayah Persekutuan Putrajaya to be included.

State of Perlis 
 State of Malacca
 State of Kedah
 State of Negeri Sembilan
 State of Penang
 State of Perak
State of Johore 
 State of Kelantan
 State of Selangor / Wilayah Persekutuan
 State of Terengganu
State of Pahang

6 April 2014

Sesi Penerangan "Pengurusan Berasaskan Sekolah" kepada pengetua sekolah menengah Johor

Saya telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai "Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS)" oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) cawangan Johor. PBS ialah salah satu tajuk di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 
Majlis penerangan telah dilangsungkan di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor. Ia diadakan bersempena dengan Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Negeri Johor yang diadakan dari 1 hingga 3 April 2014.

 
Seramai lebih kurang 200 orang pengetua telah menghadiri sesi penerangan ini.

Diharap pihak MPSM cawangan Johor akan terus melaksanakan sesi penerangan dan ditambah dengan sesi diskusi dan dialog berkaitan PPPM supaya pendedahan para pengetua sekolah menengah seluruh Johor berkenaan PPPM lebih jelas.

I was invited to conduct a briefing regarding "Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS)" by the Johor branch of "Majlis Pengetua Sekolah Menengah" (MPSM). "PBS" is one of the subject inside the Malaysia Education Blueprint 2013-2025.

 
The session was held at Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor. It was organized in conjunction with the "Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Negeri Johor" held from 1st to 3rd April 2014.

 
Approximately 200 secondary school headmasters attended the briefing session.

It is hoped that Johor's MPSM will continue to organize such briefing sessions and will also conduct discussion and dialog sessions regarding the Malaysia Education Blueprint to enhance the understanding of the Johor headmasters.