"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


15 Ogos 2014

Sesi bersama pelaksana PPPM di Sekolah Menengah Dato Said, Nilai, Negeri Sembilan

1. Saya telah dipanggil oleh wakil daripada Sekolah Menengah Dato Said, Nilai, Negeri Sembilan untuk menyampaikan sebuah ceramah kepada para guru.

2. Tajuk ceramah yang diminta ialah "Cabaran Guru Untuk Melaksanakan PPPM 2013-2025 dan Penyelesaiannya".

3. Ceramah ini akan diadakan pada hari Sabtu 16 Ogos 2014 di Dewan Sekolah Menengah Dato Said, Nilai, Negeri Sembilan.

4. Saya amat bangga kerana wujud keinginan daripada para guru untuk memperkasakan kebolehan mereka untuk melaksanakan PPPM 2013-2025.

5. Inilah aktiviti pertama seumpama ini di sekolah-sekolah negeri Selangor untuk saya.

6. Tahniah dan syabas kepada Guru Besar dan para guru Sekolah Menengah Dato Said, Nilai, Negeri Sembilan atas usaha ini.


1. I was called to provide a lecture session by the representative from Sekolah Menengah Dato Said, Nilai, Negeri Sembilan.

2. The lecture title is "The Challenge Teachers Face to Implement PPPM2013-2025 and its Solutions".

3. The lecture will be held on Saturday 16th August 2014 at the school hall.

4. I am happy because the exist a desire from the teachers to strengthen their capability to implement PPPM2013-2025.

5. This is the 1st such activity held in schools in Selangor for me.

6. Congratulations to the Headmaster and the teachers from Sekolah Menengah Dato Said, Nilai, Negeri Sembilan for this effort.

10 Ogos 2014

Buku mengenai Anjakan 6 PPPM 2013-2025

1. Saya telah mula menulis buku mengenai Anjakan 6 PPPM 2013-2025.

2. Buku ini ditulis untuk menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025 yang kini memasuki pelaksanaan tahun kedua.

3. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi saya dalam industri pendidikan Malaysia serta pemerhatian saya mengenai kaedah pelaksanaan yang baik.

4. Buku ini juga saya tulis kerana saya telah terlibat secara langsung dalam pembikinan PPPM 2013-2025 iaitu selaku Ahli Panel Penilai Bebas Malaysia. Anda boleh lihat senarai nama Ahli Panel Penilai Bebas Malaysia.

5. Buku ini akan diterbitkan tidak lama lagi. Nantikan maklumat lanjut di blog ini.

6. Promosi khas dengan harga istimewa juga akan diumumkan dalam blog ini tidak lama lagi.

1. I have commenced writing a book regarding 6th Shift of PPPM 2013-2025.

2. I write this book to support the implementation of PPPM 2013-2025 which enters its 2nd implementation year.

3. This book is wtitten based on my personal experience in the Malaysian education industry as well as my observation of good execution actions.

4. This book is also written because I was directly involved in the compilation of PPPM 2013-2025 as the Malaysian Independent Review Panel member.

5. This book will be published soon. Date of publication will be announced soon in this blog.

6. A special promotion with a special discount will also be announced on this blog soon.