"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


23 September 2012

Jualan Buku di UPSI, Tanjong Malim

Untuk maklumat semua para pelajar, guru-guru & ahli-ahli akademik sekitar Tanjong Malim, Behrang, Slim River dikawasan Utara & sekitar Hulu Bernam, Serendah, Berjuntai Bestari, Ijok, Kuala Selangor & Rawang di bahagian Selatan, saya akan berada di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim mulai esok 23hb September 2012 (Isnin) hingga 27hb September 2012.(Khamis) dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

Antara buku-buku yang akan di pamerkan adalah daripada hasil nukilan saya seperti dibawah:

   


Serta buku terbaru hasil tulisan saya, Sekolah Berprestasi Tinggi seperti dibawah :


Selain daripada buku-buku diatas, saya juga ada menjual beberapa buah buku-buku daripada terbitan SASBADI SDN. BHD yang sesuai untuk pelajar-pelajar PMR & SPM seperti kertas-kertas peperiksaan lepas & buku-buku rujukan akademik.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah ke pesta buku di UPSI, Tanjong Malim mulai esok.

Jika ada dikalangan anda di luar sana yang berminat untuk membuat pesanan secara pukal, bolehlah bertemu dan berbincang secara terus dengan saya esok di UPSI Tanjong Malim. Anda juga boleh hubungi saya ditalian (013-3628956) untuk membuat temujanji ketika sesi di UPSI esok. Jumpa anda di sana...



9 September 2012

Bengkel latihan konsultansi pendidikan

Besar kemungkinan bengkel atas belum pernah diadakan di Malaysia. Saya,telah menganjurkan bengkel di atas untuk staf profesional Institut Aminuddin Baki Kem.Pelajaran Malaysia dari 3 -7 SEPT. selama 30 jam.Antara konten ialah-definisi,konsep,falsafah,model, kriteria menjadi konsultan pendidikan,kemahiran--kemahiran spesifik untuk menjadi konsultansi pendidikan profesional.Saya pernah menjadi konsultansi pendidikan untuk Unesco,Asian Development Bank(ADB) dan World Bank(WB) untuk Palestine,Indonesia dan Malaysia antara 1994-2002.Untuk Malaysia menjadi negara menjelang 2020, salah satu indikatornya ialah adakah Malaysia sudah konsultan pendidikan berdaftar dan persatuan profesional nya? Bersamalah kita membina kepakaran tahapnya ini supaya dari perspektif pendidikan Malaysia selaras bahkan lebih baik daripada negara maju yang lain.Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

22 Ogos 2012

Bicara Hikmah (Seminar)

Saya telah dijemput oleh pihak Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Melaka (PUSTAKAM) untuk memberi seminar bertajuk "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Dibawah ini adalah makluman lanjut tentang seminar tersebut:

Tarikh: 19th September 2012
Hari: Rabu
Masa: 0900 pagi - 1030 pagi
Tempat: Auditorium Masjid Al-Azim
Peserta: Guru Besar & Pengetua Sekolah-sekolah di Melaka
Bilangan: 350 orang

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada seminar ini nanti, boleh lah menghubungi saya ditalian (013-3628956) atau email saya di ab.rahim_lsmc@yahoo.com.

Latest:
Kerana permintaan teks seminar saya yang terlalu banyak daripada hadirin di majlis diatas, maka saya telahpun muat naik teks penuh seminar diatas. Anda boleh simpan fail tersebut dalam bentuk word documents. Sila klik pada link dibawah:
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA




Pengurusan Disiplin Pelajar (Buku terbaru)

Untuk makluman semua para pendidik, buku terbaru hasil tulisan saya bertajuk "Pengurusan Disiplin Pelajar" akan berada dipasaran pada akhir tahun 2012 ini.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk semua guru-guru disiplin, guru kaunselling & guru penolong kanan (HEP) serta boleh diguna pakai oleh pelatih-pelatih di institut pendidikan guru.

Buku ini diterbitkan oleh SASBADI Sdn. Bhd, sila dapatkan dipasaran.

Warisan & Wawasan Seorang Pendidik (Autobiografi)

Saya telah ditawarkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) untuk menerbitkan autobiografi tentang diri saya sepanjang 40 tahun kerjaya sebagai seorang pendidik.

Mengikut perancangan, buku ini akan diterbitkan pada akhir tahun 2012 ini ataupun awal tahun 2013.
Antara isi penting buku ini adalah berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1965 hingga akhir tahun 2012.

Dalam masa itu, perkembangan yang terpenting adalah perubahan dalam pengurusan institusi pendidikan sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri, bahagian-bahagian dalam Kementerian Pendidikan & perpisahan diantara pengurusan sekolah dengan institut pendidikan tinggi awam.

Selain daripada itu, beberapa perubahan dari aspek latihan para guru, kurikulum, sistem penilaian, kemudahan infrastruktur & penggunaan ICT dalam pendidikan.

Buku ini di fikirkan sesuai dijadikan bahan rujukan untuk latihan guru-guru & pengurus-pengurus dalam sistem pendidikan terutamanya Guru Besar, Pengetua & pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah.

9 Ogos 2012

Pendidikan Pra-Sekolah

Pendidikan pra-sekolah adalah satu jenis pendidikan yang begitu penting bagi setiap kanak-kanak sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan. Ia begitu penting kerana pra-sekolah adalah permulaan kepada pendedahan kanak-kanak kepada dunia ilmu & pembelajaran. Oleh itu, inisiatif kerajaan untuk memberikan geran kepada pengusaha-pengusaha pra-sekolah ini adalah satu bentuk bantuan yang perlu di pandang positif oleh semua pihak.

Semasa saya berkhidmat di UNISEL dulu, saya pernah terlibat secara langsung tentang pendidikan pra-sekolah. Alhamdulillah, akhirnya satu program 'Pendidikan Pra-Sekolah' telah berjaya di tawarkan oleh UNISEL dan mampu menarik ramai para lulusan SPM untuk menjadikan ia sebagai salah satu jurusan ilmu mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya Pendidikan Pra-Sekolah itu dijaga kualiti & maruahnya.

Selain itu, kita juga pastinya tidak mahu anak-anak kita gagal di bentuk dengan sempurna daripada permulaan umur mereka kerana ianya akan menjadikan mereka kurang berminat dengan alam persekolahan. Saya berharap agar semua pihak yang telah menerima geran daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM10,000.00 akan menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin agar mampu mengangkat taraf pendidikan pra-sekolah Malaysia setara dengan negara-negara maju.

Artikel dari bernama : Bernama Webpage : Pre-school Education

4 Ogos 2012

Siri Dialog Pendidikan (April - Disember 2012)

Ketika ini pihak ahli panel-panel yang dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin sedang dalam proses menjelajah ke seluruh Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas dari semua lapisan masyarakat tentang sistem Pendidikan Negara. Proses dialog ini telah bermula dari bulan April yang lepas dan dijangka berterusan hingga ke hujung tahun 2012 ini.

Untuk maklumat lanjut : Berita Harian - Siri Dialog Pendidikan April

Dalam proses tersebut, 7 ahli panel tempatan yang telah dilantik terdiri daripada pakar pendidikan tempatan dan 4 lagi ahli panel luar negara untuk mengumpul, mengkaji & menyiapkan laporan terperinci tentang proses transformasi pendidikan agar ia kekal relevan dengan kehendak masa hadapan dan sesuai dengan sasaran negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Saya berharap agar semua pihak-pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan di Malaysia samada secara langsung atau tidak langsung akan memberikan input-input yang bernas dalam masa ini agar kita dapat menghasilkan satu laporan yang sangat sesuai & padan dengan corak masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Semoga hasrat kita untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara setaraf dengan negara maju akan menjadi kejayaan. Insyaallah...