"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


Dalam suratkhabar @ In the newspaper

Tahun 2015

Isnin 4 Mei 2015 - Kosmo: Tokoh

Saya ditemuramah oleh wartawan Kosmo untuk menceritakan pengalaman hidup saya untuk generasi muda.
 
Pengalaman hidup saya ini dimuatkan dalam segmen yang dinamakan Gen K.
 
Semoga pengalaman saya menjadi motivasi kepada pembaca segmen Gen K.
 
 

Tahun 2014

Khamis 26 Jun 2014 - Berita Harian: Sejarah Tokoh Guru

Saya ditemuramah oleh wartawan Berita Harian untuk mengetahui mengapa saya menulis 2 buah buku mengenai sambutan Tokoh Guru.
 
2 buah buku tersebut ialah "Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2013" dan "Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012"
 
Saya yakin banyak buku yang telah ditulis mengenai Tokoh Guru sebelum ini, namun mungkin tiada buku yang ditulis dalam bentuk yang saya tulis.
 
Maklumat lanjut mengenai buku ini boleh dirujuk kepada halaman (page) Buku dalam blog ini.
  
 

 Jumaat 16 Mei 2014 - Utusan Malaysia: Sambutan Hari Guru 2014

Saya ditemuramah oleh wartawan Utusan Malaysia mengenai pendapat saya tentang guru masa kini yang tidak gemar dihantar berkursus untuk mempertingkatkan kemahiran dan ilmu mereka ataupun guru masa kini yang tidak mahu bertukar sekolah ke kawasan pedalaman.
 
 
 

Jumaat 16 Mei 2014 - Berita Harian: Sambutan Hari Guru 2014

 Saya ditemuramah oleh wartawan Berita Harian mengenai pendapat saya cara guru masa kini untuk menghadapi cabaran yang semakin mencabar dalam dunia pendidikan.
 

Tahun 2012

 

Jumaat 29 Jun 2012 - Utusan Malaysia: Pelancaran i-TR1M

Saya bersama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah ke Seri Perdana, Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan seterusnya melancarkan i-TR1M.
 
i-TRIM ialah singkatan untuk Interaktif-Tuisyen Rakyat 1 Malaysia
 
i-TR1M telah dibina untuk membantu anak-anak golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum, fahaman politik mahaupun agama.
 
i-TR1M juga boleh digunakan secara percuma.
 
 
 

Isnin 9 April 2012 - Kosmo Kampus: Pelancaran UniCLIQ

 
Saya telah dilantik sebagai penasihat kepada UniCLIQ dan seterusnya dijemput untuk merasmikan UniCLIQ.
 
UniCLIQ ialah sebuah portal pembelajaran maya yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
 
UniCLIQ dibina untuk kegunaan semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima bagi mempelajari dan mengulang kaji secara dalam talian sepanjang tahun.
 
Kandungan pembelajaran UniCLIQ juga bertepatan dengan Pelan Transformasi Pendidikan Luar Bandar yang memberikan tumpuan terhadap sekolah di luar bandar.
 
 

Isnin 9 April 2012 - Kosmo Kampus: Utamakan bakat & minat sebelum memilih program pengajian di IPT

Saya ditemuramah oleh wartawan Kosmo mengenai pendapat saya tentang cara para pelajar perlu gunakan untuk memilih program pengajian mereka di IPT nanti. 
 

Tahun 2011

 

Ahad 22 Mei 2011 - The Star: Cover Story

 

Selasa 17 Mei 2011 - Utusan Malaysia: Muka Depan

 

Selasa 17 Mei 2011 - Berita Harian: Nasional

 
 

 Selasa 17 Mei 2011 - Utusan Malaysia: Tokoh Guru Kebangsaan 2011

 
Saya telah dianugerahkan anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2011 pada 16 Mei 2011.
 
Majlis penganugerahan ini telah diadakan di Kuching, Sarawak.
 
Saya menerima anugerah ini dengan keazaman untuk terus berkongsi pengalaman, pandangan, teguran dan nasihat supaya system pendidikan di Malaysia terus berkembang.
 
 

8 November 2011 - Utusan Malaysia: Penubuhan Galeri Abdul Jabbar.

Galeri ini ditubuhkan sebagai memperingati jasa dan pengorbanan allahyarham Abdul Jabbar.

Di dalam gambar itu, saya duduk di barisan hadapan nombor 4 dari kiri.
 
Galeri ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Dato' Mohd Ali Rustam.

 
 
Saya telah dilantik sebagai ahli panel penilai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM2013-2025) bersama-sama ahli panel yang lain.
 
Keratan akhbar dan juga pautan akhbar online di atas menunjukkan pelantikan saya.
 

Tahun 1995

 
Keratan tahun 1995 ini mengisahkan pengalaman saya sewaktu menjadi konsultan pendidikan UNESCO.

Tugas tersebut ialah menjadi sebahagian daripada sepasukan konsultan pendidikan untuk membina sistem pendidikan di Palestin.

Saya telah dilantik oleh KPM untuk menjadi wakil Malaysia untuk tugas konsultansi tersebut.
 

Belum disusun 

 

 
 
 
 









 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan