"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


17 Jun 2015

Selamat Menyambut Ramadhan 1436H @ 2015M

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, selamat berpuasa, selamat menunaikan solat terawih dan witir di antara solat-solat yang wajib serta selamat membayar zakat fitrah di antara sedekah-sedekah anda.

2. Semoga Ramadhan kali ini juga menjadi permulaan kepada keimanan yang lebih utuh.

3. Saya juga berdoa agar saudara Islam kita di Gaza tidak lagi dibedil sepertimana yang berlaku pada Ramadhan yang lalu.

15 Jun 2015

Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2014 PPPM2013-2025

1. Saya dijemput untuk menghadiri program seperti dalam gambar.

2. Program ini dijangka membentangkan tahap pelaksanaan PPPM2013-2025 sehingga kini.

3. Sebagai salah seorang daripada Ahli Panel Penilai PPPM2013-2025 saya berharap banyak rancangan PPPM2013-2025 sudah dilaksanakan.

 
 
 
 

 

 

11 Jun 2015

Guru Besar Sekolah Kecil

1. Saya menemui artikel ini semasa sedang melayari internet untuk mencari maklumat untuk kajian terbaru saya.

2. Artikel ini dipaparkan di Harian Metro Online (myMetro).

3. Sebenarnya senario ini tidaklah berbeza daripada senario yang dihadapi oleh para guru yang menabur bakti di semua sekolah di luar bandar ataupun pedalaman sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

4. Mereka melaksanakan pelbagai tugas serentak demi memastikan urusan sekolah dan P&P berjalan lancar.

5. Pada masa dahulu saya pernah mendengar guru besar yang juga menjadi jurutaip.

6. Saya berdoa agar para guru yang terus berbakti di kawasan pedalaman atau luar bandar ini diberikan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual sepanjang masa.

7. Semoga semua pengorbanan anda dirahmati Allah swt.

http://www.hmetro.com.my/node/55177?m=1

10 Jun 2015

Borneo Post Online

1. Saya terjumpa artikel di dalam Borneo Post Online semasa sedang mencari maklumat terkini dalam internet.

2. Artikel ini ialah artikel mengenai penganugerahan saya dan rakan-rakan semasa sambutan Hari Guru 2011.

3. Kami menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2011 dan Datuk Matnor Daim menerima anuugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.

http://www.theborneopost.com/2011/05/17/datuk-matnor-daim-dinobatkan-tokoh-kepimpinan-pendidikan-kebangsaan-2011/

8 Jun 2015

Perpindahan guru

1. Satu artikel yang dipaparkan dalam The Star pada hari ini.

2. Semoga NUTP dapat bekerjasama dengan KPM untuk memperkemas system ini dan mengurangkan jumlah guru yang terpaksa menunggu masa yang lama untuk berpindah.

http://www.thestar.com.my/News/Education/2015/06/07/New-system-for-teacher-transfers/

7 Jun 2015

Utamakan bakat dan minat sebelum memilih program di IPT

1. Artikel ini dipaparkan di Gerbang Kosmo (sebuah edisi khas Kosmo) pada hari Isnin 9 April 2012.

2. 2 faktor ini merupakan aspek pertama yang harus ditekankan dalam pemilihan program pengajian kerana tanpanya, para pelajar berkemungkinan gagal dalam bidang yang dipilih.

3. Kes seperti mahasiswa menukar program pengajian, gagal serta tidak menamatkan pengajian kebiasaannya terjadi kerana mereka tidak berminat dalam program pengajian yang diambil.

4. Saya harap artikel ringkas ini boleh dijadikan panduan oleh para pelajar dan juga ibubapa/penjaga dalam mementukan kursus yang dipilih semasa ingin menyambung pelajaran di IPT.
 

6 Jun 2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)

1. Pautan akhbar menunjukkan pelantikan saya sebagai salah seorang daripada ahli panel penilai PPPM2013-2025 oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2011/12/17/kementerian-lantik-7-panel-penasihat-pembaharuan-sistem-pendidikan-negara/

Scoring with an "F"

1. Satu artikel yang perlu dibaca yang dipetik daripada The Star hari ini. Klik di bawah untuk membaca artikel penuh:

http://www.thestar.com.my/News/Education/2015/05/31/Scoring-with-an-F/

2. Satu kenyataan menarik yang dapat saya petik daripada artikel ini ialah kenyataan dalam perenggan ke-17 iaitu:

"Even kindergarten teachers must have an education degree and those teaching primary onwards, a masters"

3. Saya telah menulis dengan lebih lanjut mengenai kenyataan ini dalam buku saya yang akan datang iaitu "Talent Management in Education".

4. Tanpa pengurusan bakat (Talent Management) yang tersusun, ramai yang akan terus menyertai bidang perguruan di Malaysia kerana bidang ini merupakan pilihan terakhir mereka.



1. A must-read article extracted from The Star today. Click below to read the full article:
 
http://www.thestar.com.my/News/Education/2015/05/31/Scoring-with-an-F/
 
2. An interesting statement from the article is a statement in the 17th paragraph:
 
"Even kindergarten teachers must have an education degree and those teaching primary onwards, a masters"
 
3. I wrote in more detail about this statement in my upcoming book "Talent Management in Education".

4. Without a systematic "Talent Management", more will continue to enter the education industry in Malaysia due to it being their last choice.

Teknologi Sistem Pengajaran

1. Saya telah menulis buku ini pada tahun 1989.



2. Selepas itu, buku ini dicetak kali kedua pada tahun 1990 dan dicetak kali ketiga pada tahun 2010 oleh pihak Kentalmas Jati Sdn Bhd.



3. Saya bersyukur kerana maklumat yang dibukukan telah dikongsi oleh para penyelidik yang lain. Salah seorang yang telah berkongsi maklumat dari buku ini ialah seperti di bawah

http://isu-pendidikan.blogspot.com/2012/09/ulasan-berkenaan-artikel-penguasaan.html

4. Saya berdoa agar lebih banyak maklumat yang telah saya bukukan menjadi rujukan para penyelidik yang lain




Bagaimanakah Rekabentuk Pingat Tokoh Guru?

1. Soalan ini pernah ditanya kepada saya oleh beberapa orang yang ingin mengetahui bentuk pingat tokoh guru tanpa melihat kepada sebarang foto, video dan sebagainya. Mereka bertanya kepada saya kerana saya telah menerima pingat ini selaku Tokoh Guru Kebangsaan 2011

2. Saya sertakan sedikit ekstrak daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai rekabantuk pingat Tokoh Guru itu untuk pengetahuan umum.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bentuk
Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Corak
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan. Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni.

Warna
Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.

http://www.moe.gov.my/v/tokoh-guru-kebangsaan
 

4 Jun 2015

Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan

1. Saya sertakan sebahagian daripada petikan daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai Tokoh Guru Kebangsaan.

2. Banyak maklumat asas berguna yang boleh diperolehi daripada Portal Rasmi ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh Guru Kebangsaan

Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

http://www.moe.gov.my/v/tokoh-guru-kebangsaan


 

3 Jun 2015

Post yang ke-100

1. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan saya kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual untuk terus menulis dan berkongsi dalam blog ini.

2. Semoga kekuatan tersebut terus bersama saya seterusnya.

1. I am grateful to Allah s.w.t for giving me the physical, mental, emotional dan spiritual strength to continue writing and sharing in this blog.
 
2. May all those strengths stay with me in the future.

2 Jun 2015

Ucaptama di Pasir Salak Eco Resort, Pasir Salak, Perak pada 2 Jun 2015 (sambungan)




 
1. Sekali lagi, saya dijemput untuk memberikan ucaptama oleh pihak Akademi NLP di Pasir Salak Eco Resort, Batu Gajah, Perak pada hari Selasa 2 Jun 2015.

2. Tajuk ucaptama saya ialah "NLP dalam Pendidikan".

3. Tajuk ini dipilih kerana saya melihat bahawa kemahiran NLP mampu menjadi satu kaedah yang dapat menyokong pelaksanaan PPPM2013-2025 sehingga berjaya dan berkesan.

4. Saya sendiri telah tamat menghadiri kursus NLP sepenuh masa selama 1 minggu tidak berapa lama dahulu.

5. Saya dapati kemahiran NLP amat bersesuaian untuk para guru untuk mempertingkat kemahiran diri dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

6. Kemahiran NLP ini juga sesuai untuk Guru Besar atau Pengetua yang perlu berkomunikasi dalam menguruskan sekolah, guru, ibu bapa / penjaga, serta masyarakat sekitar sekolah tersebut.

7. Kemahiran ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang lain, seperti ahli perniagaan, pengurus, pensyarah, jurutera, penjawat perkhidmatan awam dan sebagainya.

8. Saya mencadangkan kepada para pendidik yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi supaya menghadiri salah satu daripada pelbagai kursus NLP yang dianjurkan di serata Malaysia pada masa ini.


1. Once again, I am invited to provide the Key Note Address by Akademi NLP at Pasir Salak Eco Resort, Pasir Salak, Perak on Tuesdat 2nd June 2015.
 
2. The Key Note Address is titled "NLP in Education".
 
3. I chose this title because I can see how possessing the NLP skills can support the implementation of PPPM2013-2025 effectively and successfully.
 
4. I myself have completed the 1-week full-time NLP training not long ago.
 
5. I see that the NLP skills are suitable for teachers to increase their skills in imparting knowledge to their students.

6. This skill is also suitable for Headmasters who need to communicate with others in managing the school, teachers, parents and guardians as well as the community surrounding the school.
 
7. This skill is also applicable for those who intend to improve their communication skills, such as business people, managers, lecturers, engineers, public sector executives etc.
 
8. I strongly propose that educationists who have the intention to improve their communication skills to participate in at least one NLP training which is widely organized throughout Malaysia nowadays.