"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


30 Julai 2012

Interaktif - Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (i-TRIM)

Seperti yang mana telah saya maklumkan di dalam blog saya beberapa minggu yang lepas, kini anda boleh melihat senarai penuh 30 buah sekolah yang terpilih seluruh negeri Selangor bagi menjalankan program i-TRIM bagi semua pelajar PMR dan SPM.

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selaku badan pelaksana bagi program ini telahpun menggariskan konsep, objektif, perlaksanaan, khidmat bimbingan, rumusan program, jangkamasa program dan sasaran program. Sila klik di link dibawah untuk melihat senarai penuh sekolah tersebut :
YGMB : i-TRIM.

Bagi memastikan kejayaan i-TRIM ini, dua syarikat bertaraf konsultan dalam bidang pendidikan telahpun dilantik oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) iaitu Training.Com Asia Sdn. Bhd (PMR dan SPM) dan UniCLIQ Sdn. Bhd (pembelajaran online bagi UPSR dan Sains Tulen SPM. Seperti mana yang anda juga ketahui, saya juga adalah penasihat kepada UniCLIQ Sdn. Bhd. Penyedia portal pembelajaran online ini telahpun berada di pasaran semenjak bulan April 2012 lagi.  

Apapun, saya amat-amat berharap agar setiap para pelajar di sekolah-sekolah yang telah terpilih ini akan menggunakan peluang yang ada sebanyak-banyaknya agar anda semua lebih bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi PMR dan SPM.

Usaha murni YGMB dengan sokongan penuh kerajaan ini adalah satu hadiah khas kepada setiap para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghadiri kelas tuisyen persendirian. Gunakanlah peluang ini dengan sebetul-betulnya agar anda mampu menjadi insan yang berjaya dimasa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan