"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


31 Mei 2015

Keratan akhbar

1. Satu lagi pembaharuan dilakukan kepada blog ini pada hari ini.

2. Satu halaman (page) yang baru telah dibina. Halaman ini dinamakan "Dalam suratkhabar @ In the newspaper"

3. Halaman ini menempatkan keratan akhbar yang merangkumi pelbagai tajuk.

4. Halaman ini cuba disusun mengikut tahun cetakan untuk memudahkan rujukan para pembaca.

5. Masih banyak lagi keratan akhbar yang belum dimasukkan ke dalam halaman ini. Saya sedang dalam proses mengumpulkannya dan seterusnya memasukkannya ke dalam blog ini.


1. Another improvement is made to the blog today.
 
2. A new page was created. This page  is named "Dalam suratkhabar @ In the newspaper"
 
3. This page is dedicated to displaying all newspaper cuttings covering numerous topics.
 
4. This page is segregated by publication year for ease of reference.
 
5. There are a lot of other newspaper cuttings which is yet to be uploaded to this page. I am in the process of collecting them and will upload to the blog later.

30 Mei 2015

Ucaptama di Pasir Salak Eco Resort, Pasir Salak, Perak pada 2 Jun 2015

1. Sekali lagi, saya dijemput untuk memberikan ucaptama oleh pihak Akademi NLP di Pasir Salak Eco Resort, Batu Gajah, Perak pada hari Selasa 2 Jun 2015.

2. Tajuk ucaptama saya ialah "NLP dan PPPM2013-2025".

3. Tajuk ini dipilih kerana saya melihat bahawa kemahiran NLP mampu menjadi satu kaedah yang dapat menyokong pelaksanaan PPPM2013-2025 sehingga berjaya dan berkesan.

4. Saya sendiri telah tamat menghadiri kursus NLP sepenuh masa selama 1 minggu tidak berapa lama dahulu.

5. Saya dapati kemahiran NLP amat bersesuaian untuk para guru untuk mempertingkat kemahiran diri dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

6. Kemahiran NLP ini juga sesuai untuk Guru Besar atau Pengetua yang perlu berkomunikasi dalam menguruskan sekolah, guru, ibu bapa / penjaga, serta masyarakat sekitar sekolah tersebut.

7. Kemahiran ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang lain, seperti ahli perniagaan, pengurus, pensyarah, jurutera, penjawat perkhidmatan awam dan sebagainya.

8. Saya mencadangkan kepada para pendidik yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi supaya menghadiri salah satu daripada pelbagai kursus NLP yang dianjurkan di serata Malaysia pada masa ini.


1. Once again, I am invited to provide the Key Note Address by Akademi NLP at Pasir Salak Eco Resort, Pasir Salak, Perak on Tuesdat 2nd June 2015.
 
2. The Key Note Address is titled "NLP dan PPPM2013-2025".
 
3. I chose this title because I can see how possessing the NLP skills can support the implementation of PPPM2013-2025 effectively and successfully.
 
4. I myself have completed the 1-week full-time NLP training not long ago.
 
5. I see that the NLP skills are suitable for teachers to increase their skills in imparting knowledge to their students.

6. This skill is also suitable for Headmasters who need to communicate with others in managing the school, teachers, parents and guardians as well as the community surrounding the school.
 
7. This skill is also applicable for those who intend to improve their communication skills, such as business people, managers, lecturers, engineers, public sector executives etc.
 
8. I strongly propose that educationists who have the intention to improve their communication skills to participate in at least one NLP training which is widely organized throughout Malaysia nowadays.

Ceramah motivasi pelajar SPM di Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu

1. Saya akan memberikan ceramah motivasi untuk pelajar SPM di Maahad Muhammadi (Perempuan) di Kota Bharu, Kelantan.

2. Ceramah ini akan diadakan pada hari Isnin 1 Jun 2015 dari jam 10pagi hingga 12tengahari.

3. Ceramah akan diberikan kepada lebih kurang 300 orang pelajar peringkat SPM.

4. Ceramah akan dibina berdasarkan tajuk "Persediaan Peperiksaan" yang diekstrak daripada 2 buah buku tulisan saya iaitu Kemahiran Belajar KBSR/KBSM dan juga Bimbingan Pembelajaran di IPT.



1. I will conduct a motivational lecture to SPM students from Maahad Muhammadi (Girls) in Kota Bharu, Kelantan.
 
2. The motivational lecture will be held on Monday 1st June 2015 from 10am to 12noon.
 
3. The motivational lecture will be given to approximately 300 SPM students.
 
4. The motivational lecture will be based on the subject "Examination Readiness" which is extracted from 2 books I wrote, namely Kemahiran Belajar KBSR/KBSM (loosely translated to KBSR/KBSM Learning Skills) and also Bimbingan Pembelajaran di IPT (loosely translated to Higher Education Learning Guidance).


21 Mei 2015

Sambutan Hari Guru 2015 di Pusat PERMATApintar Negara di UKM (sambungan)

1. Saya telah menerima surat jemputan untuk satu sesi wawancara dengan para guru dan anak-anak Pusat PERMATApintar Negara di UKM.

2. Jemputan ini adalah sempena sambutan Hari Guru 2015 untuk pihak Pusat PERMATApintar Negara UKM.


 
 
3. Pihak PERMATApintar UKM telah menyediakan 14 soalan untuk sesi wawancara tersebut.
 
4. Soalan-soalan tersebut merangkumi beberapa aspek. Antaranya:
 
a) Perbezaan menjadi seorang guru zaman dahulu dan zaman sekarang
b) Bagaiman untuk merapatkan jarak antara keputusan akademik yang cemerlang dan akhlak yang kurang baik di kalangan remaja
c) Bagaimana para pelajar boleh berempati dengan para guru dan pihak pengurusan
d) Bagaimana para guru harus mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran dunia pendidikan remaja yang semakin mencabar
 
5. Wawancara dihadiri oleh pihak pengurusan, para guru, staf bukan akademik dan juga para pelajar.
 

 
 
 
1. I received an invitation for a talk with teachers and students of PERMATApintar National Gifted Centre in UKM.

2. The invitation is part of the PERMATApintar National Gifted Centre's 2015 Teachers' Day celebration.
 
 
 
 
3. PERMATApintar National Gifted Centre prepare 14 questions for the talk.
 
4. The questions cover numerous aspects. They include:
 
a) The difference of being a teacher in the past and now
b) How to bridge the gap between a teenager's academic excellence and moral decadency
c) How students can empathize with teachers and administrators
d) How teachers should prepare themselves to face the increasingly challenging teenager education
 
5. The talk was attended by administrators, teachers, non-academic staff as well as students.
 
 
 
 



20 Mei 2015

Ceramah mengenai Pendidikan Tingkatan 6 di Kota Bharu 1 Jun 2015

1. Saya dijemput untuk memberikan satu ceramah mengenai Tingkatan 6 di satu sekolah menengah yang mempunyai kelas Tingkatan 6 di Kota Bharu, Kelantan.

2. Jika tiada sebarang halangan, ceramah ini akan diadakan pada hari Isnin 1 Jun 2015.

3. Jumlah pelajar Tingkatan 6 yang akan hadir dijangka seramai 160 orang.

4. Jumlah guru Tingkatan 6 pula lebih kurang 10 orang.

5. Tajuk ceramah masih belum ditetapkan namun akan disandarkan kepada buku tulisan saya iaitu buku "Pendidikan Tingkatan 6: Warisan & Wawasan"


1. I am invited to give a lecture regarding Form 6 in a secondary school which has Form 6 classes in Kota Bharu, Kelantan.
 
2. If permitted by Allah swt, the lecture will be held on Monday 1st June 2015.
 
3. The number of Form 6 students expected to attend the lecture is 160 people.
 
4. The number of Form 6 teachers will be around 10 people.
 
5. The title of the lecture is yet to be confirmed but will be based on my book titled "Pendidikan Tingkatan 6: Warisan & Wawasan" (loosely translated to "Form 6 Education: Legacy & Vision"

18 Mei 2015

Sambutan Hari Guru di Pusat PERMATA Pintar Negara UKM

1. Saya telah menerima surat jemputan untuk satu sesi wawancara dengan para guru dan anak-anak Pusat PERMATA Pintar Negara di UKM.

2. Jemputan ini adalah sempena sambutan Hari Guru 2015 untuk pihak Pusat PERMATA Pintar Negara UKM.




Ucaptama anjuran Akademi Neuro Linguistics Programme (NLP) - Ahad 17 Mei 2015 (sambungan)

1. Saya sertakan sedikit gambar semasa di Pasir Salak Eco Resort sebelum dan semasa sesi Ucaptama di kursus NLP anjuran MTM Consultants Sdn Bhd.

2. Saya menggalakkan para pencinta dunia pendidikan sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, university IPTA mahupun IPTS, IPG, kolej dan sebagainya untuk menghadiri kursus NLP untuk mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi anda.
 

 






14 Mei 2015

Ucaptama anjuran Akademi Neuro Linguistics Programme (NLP) - Ahad 17 Mei 2015

1. Saya dijemput untuk memberikan ucaptama oleh pihak Akademi NLP di Pasir Salak Eco Resort, Batu Gajah, Perak pada hari Ahad 17 Mei 2015.

2. Tajuk ucaptama saya ialah "NLP dan PPPM2013-2025".

3. Tajuk ini dipilih kerana saya melihat bahawa kemahiran NLP mampu menjadi satu kaedah yang dapat menyokong pelaksanaan PPPM2013-2025 sehingga berjaya dan berkesan.

4. Saya sendiri telah tamat menghadiri kursus NLP sepenuh masa selama 1 minggu tidak berapa lama dahulu.

5. Saya dapati kemahiran NLP amat bersesuaian untuk para guru untuk mempertingkat kemahiran diri dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

6. Kemahiran NLP ini juga sesuai untuk Guru Besar atau Pengetua yang perlu berkomunikasi dalam menguruskan sekolah, guru, ibu bapa / penjaga, serta masyarakat sekitar sekolah tersebut.

7. Kemahiran ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang lain, seperti ahli perniagaan, pengurus, pensyarah, jurutera, penjawat perkhidmatan awam dan sebagainya.

8. Saya mencadangkan kepada para pendidik yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi supaya menghadiri salah satu daripada pelbagai kursus NLP yang dianjurkan di serata Malaysia pada masa ini.


1. I am invited to provide the Key Note Address by Akademi NLP at Pasir Salak Eco Resort, Batu Gajah, Perak on Sunday 17th May 2015.
 
2. The Key Note Address is titled "NLP dan PPPM2013-2025".
 
3. I chose this title because I can see how possessing the NLP skills can support the implementation of PPPM2013-2025 effectively and successfully.
 
4. I myself have completed the 1-week full-time NLP training not long ago.
 
5. I see that the NLP skills are suitable for teachers to increase their skills in imparting knowledge to their students.

6. This skill is also suitable for Headmasters who need to communicate with others in managing the school, teachers, parents and guardians as well as the community surrounding the school.
 
7. This skill is also applicable for those who intend to improve their communication skills, such as business people, managers, lecturers, engineers, public sector executives etc.
 
8. I strongly propose that educationists who have the intention to improve their communication skills to participate in at least one NLP training which is widely organized throughout Malaysia nowadays.

11 Mei 2015

Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3

1. Saya dijemput ke rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada hari esok jam 730 pagi.

2. Saya dijemput untuk berbicara tentang guru dan sambutan Hari Guru.

3. Saya dijempat selaku penerima aungerah Tokoh Guru Melaka 2005 dan juga Tokoh Guru Kebangsaan 2011.

4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang masih bertugas di serata Malaysia mahupun yang telah bersara.

5. Saya juga menghadiahkan Al-Fatihah kepada para guru yang telah pergi meninggalkan kita.