1. Sekali lagi, saya dijemput untuk memberikan ucaptama oleh pihak Akademi NLP di Pasir Salak Eco Resort, Batu Gajah, Perak pada hari Selasa 2 Jun 2015.
2. Tajuk ucaptama saya ialah "NLP dan PPPM2013-2025".
3. Tajuk ini dipilih kerana saya melihat bahawa kemahiran NLP mampu menjadi satu kaedah yang dapat menyokong pelaksanaan PPPM2013-2025 sehingga berjaya dan berkesan.
4. Saya sendiri telah tamat menghadiri kursus NLP sepenuh masa selama 1 minggu tidak berapa lama dahulu.
5. Saya dapati kemahiran NLP amat bersesuaian untuk para guru untuk mempertingkat kemahiran diri dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
6. Kemahiran NLP ini juga sesuai untuk Guru Besar atau Pengetua yang perlu berkomunikasi dalam menguruskan sekolah, guru, ibu bapa / penjaga, serta masyarakat sekitar sekolah tersebut.
7. Kemahiran ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang lain, seperti ahli perniagaan, pengurus, pensyarah, jurutera, penjawat perkhidmatan awam dan sebagainya.
8. Saya mencadangkan kepada para pendidik yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi supaya menghadiri salah satu daripada pelbagai kursus NLP yang dianjurkan di serata Malaysia pada masa ini.
1. Once again, I am invited to provide the Key Note Address by Akademi NLP at Pasir Salak Eco Resort, Pasir Salak, Perak on Tuesdat 2nd June 2015.
2. The Key Note Address is titled "NLP dan PPPM2013-2025".
3. I chose this title because I can see how possessing the NLP skills can support the implementation of PPPM2013-2025 effectively and successfully.
4. I myself have completed the 1-week full-time NLP training not long ago.
5. I see that the NLP skills are suitable for teachers to increase their skills in imparting knowledge to their students.
6. This skill is also suitable for Headmasters who need to communicate with others in managing the school, teachers, parents and guardians as well as the community surrounding the school.
7. This skill is also applicable for those who intend to improve their communication skills, such as business people, managers, lecturers, engineers, public sector executives etc.
8. I strongly propose that educationists who have the intention to improve their communication skills to participate in at least one NLP training which is widely organized throughout Malaysia nowadays.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan