"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


7 April 2014

Satu siri terawal yang saya tulis ialah Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia. Siri ini terdiri daripada 11 buah buku yang memperkenalkan 11 buah negeri di dalam Malaysia.

Siri ini telah ditulis pada tahun 1982 dan telah diterbitkan oleh Johore Central Stores, Johor Bahru, Johor.

Negeri-negeri yang diperkenalkan dalam siri tersebut ialah:

1. Johor
2. Negeri Sembilan
3. Melaka
4. Selangor / Wilayah Persekutuan
5. Perak
6. Pulau Pinang
7. Kedah
8. Perlis
9. Kelantan
10. Terengganu
11. Pahang

Penulisan Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia ini merupakan satu penulisan yang sukar dihasilkan kerana kekurangan sumber rujukan pada masa itu. Saya terpaksa merujuk kepada maklumat asas yang diperolehi daripada laporan-laporan agensi-agensi setiap negeri tersebut. Sebahagian besar kandungan buku ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri, termasuklah koleksi gambarnya.

Pada masa penerbitannya (1982) Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia merupakan satu-satunya jenis yang pertama yang dihasilkan di Malaysia untuk bacaan pelajar dan orang awam. Ia ditulis menggunakan bahasa yang mudah supaya sesuai untuk pembaca di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Penulisan ini juga difikirkan sesuai bagi peminat pelajaran Geografi dan juga pendidikan persekitaran yang berhubung rapat dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Untuk menerbitkan Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia ini, saya telah "merantau" ke semua negeri tersebut untuk mengumpul data dan mengambil gambar. Pengalaman ini merupakan satu pengalaman indah yang tidak dapat saya lupakan.

Siri ini mungkin akan dikemaskini kerana data di dalamnya sudah lapuk. Data mengenai Sabah dan Sarawak akan ditambah untuk melengkapkan kesemua negeri di dalam Malaysia. Di samping itu, buku Selangor / Wilayah Persekutuan akan diasingkan untuk memasukkan maklumat mengenai Wilayah Persekutuan Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

 









 
 
One of the earliest books I wrote was a series known as "Siri Mengenal Negeri-Negeri Malaysia" or loosely translated as "Knowing the Malaysian States". This series consist of 11 books which introduces 11 states of Malaysia.
 
This series was written in the year 1982 and was published by Johore Central Stores, Johor Bahru, Johore.
 
The states introduced in the series are:
 
1. Johore
2. Negeri Sembilan
3. Melaka
4. Selangor / Wilayah Persekutuan
5. Perak
6. Penang
7. Kedah
8. Perlis
9. Kelantan
10. Terengganu
11. Pahang
 
Writing this series was a daunting task because at the time, the was a significant lack of references. I had to extract raw data from reports obtained from each relevant state agencies in each particular state. Most of the content are based on my own research, which includes the photos collection.
 
During its publication back in 1982, this series was the only available series produced in Malaysia as the reading material for schools and for the general public. It was written using a simple language to cater to the primary and secondary school readers. This series is also suitable for Geography enthusiasts as well as for environmental studies which was part of the "Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)" or loosely translated as "New Curriculum for Primary Schools"
 
To publish this series, I travelled to all those states to collect data as well as capture photos. It was a wonderful experience which I will never forget.

This series maybe will be updated as the data are obsolete. Data regarding Sabah and Sarawak will be added to completely reflect all the states of Malaysia. Besides that, the book "Selangor / Wilayah Persekutuan" will be separated, to allow data for Wilayah Persekutuan Labuan and also Wilayah Persekutuan Putrajaya to be included.

State of Perlis 
 State of Malacca
 State of Kedah
 State of Negeri Sembilan
 State of Penang
 State of Perak
State of Johore 
 State of Kelantan
 State of Selangor / Wilayah Persekutuan
 State of Terengganu
State of Pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan