Saya telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai "Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS)" oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) cawangan Johor. PBS ialah salah satu tajuk di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Majlis penerangan telah dilangsungkan di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor. Ia diadakan bersempena dengan Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Negeri Johor yang diadakan dari 1 hingga 3 April 2014.
Seramai lebih kurang 200 orang pengetua telah menghadiri sesi penerangan ini.
Diharap pihak MPSM cawangan Johor akan terus melaksanakan sesi penerangan dan ditambah dengan sesi diskusi dan dialog berkaitan PPPM supaya pendedahan para pengetua sekolah menengah seluruh Johor berkenaan PPPM lebih jelas.
I was invited to conduct a briefing regarding "Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS)" by the Johor branch of "Majlis Pengetua Sekolah Menengah" (MPSM). "PBS" is one of the subject inside the Malaysia Education Blueprint 2013-2025.
The session was held at Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor. It was organized in conjunction with the "Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Negeri Johor" held from 1st to 3rd April 2014.
Approximately 200 secondary school headmasters attended the briefing session.
It is hoped that Johor's MPSM will continue to organize such briefing sessions and will also conduct discussion and dialog sessions regarding the Malaysia Education Blueprint to enhance the understanding of the Johor headmasters.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan