"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


25 April 2015

Sirih pulang ke gagang - Mesyuarat PIBG SK Air Baruk, Jasin, Melaka Sabtu 11 April 2015

1. Setelah meninggalkan sekolah ini selama 50 tahun, Allah swt memberikan saya peluang dan ruang untuk kembali ke sekolah ini.

2. Kali ini, kepulangan saya bukanlah sebagai seorang pelajar namun sebagai seorang bekas pelajar. Saya telah dijemput oleh pihak sekolah untuk merasmikan mesyuarat PIBG dan seterusnya memberikan Sarana Ibubapa.

3. Sekolah ini mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupan saya.

4. Di sinilah saya mula mendalami Bahasa Inggeris kerana bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris. Pada waktu itu saya telah lulus peperiksaan kelayakan dan telah diterima untuk memasuki Special Malay Class.

5. Saya masih ingat pengalaman menaiki bas sejauh 50 batu setiap hari dari rumah saya di Kg Parit Putat, Merlimau untuk sampai ke sekolah ini di Jasin.

6. Pendidikan Bahasa Inggeris yang saya terima di sekolah ini membolehkan saya menulis sebuah buku dalam Bahasa Inggeris yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 








 
 


Bersama Guru Besar (kanan) dan YDP PIBG (kiri)

1. After leaving this school for 50 years, Allah swt has granted me the strength and space to return to this school.
 
2. This time, my return is not as a student but as an ex-student. I was invited by the school to officiate the PTA meeting and subsequently to give a lecture.
 
3. This school has a profound meaning in my life.
 
4. This is where I improved my English because the communication medium at that time was in English. At that time, I participated and passed the entrance examination and was later accepted into the Special Malay Class.
 
5. I still vividly remember my experience riding a public bus 50 miles from my house in Kg Parit Putat, Merlimau to this school in Jasin.
 
6. The English exposure I received here has allowed me to write a book in English which will be published soon.

Ulangtahun ke-3

1. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberikan saya kekuatan dan kesempatan untuk terus menulis di dalam blog ini sejak permulaan sehingga ke hari.
 ini.

2. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat yang sentiasa memberikan pandangan, idea, komen dan soalan yang mendorong saya untuk terus berfikir dan menghasilkan karya yang terus mendokong perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. 

3. Selain itu ucapan terima jasih juga saya ucapkan kepada para guru di serata Malaysia yang terus-menerus berbincang dan bertukar pandangan dengan saya. Setiap pandangan berpotensi mencambahkan idea dan pemikiran baru kepada saya.

4  Ucapan terima kasih seterusnya diucapkan kepada para pembaca blog ini yang berterusan meluangkan masa menghubungi saya untuk jemputan acara mesyuarat PIBG, sesi latihan, sarana ibubapa dan sebagainya. 

5. Saya berdoa agar Allah swt terus memberikan saya peluang dan ruang untuk terus berkongsi ilmu dengan seberapa banyak penerima ilmu yang mungkin selagi saya masih hidup. 

1. I would like to express my gratitude to Allah swt for giving me the strength and opportunity to continue writing from day 1 until today.

2. I also take this opportunity to express my gratitude to my colleagues who have commented, gave ideas and also asked questions which led me to continue thinking and writing to further develop Malaysia's education system.

3. A special thank you to all those teachers who willingly share ideas. Those ideas create a new process thought for me to write further.

4. Last but not least is a special THANK YOU  to readers of this blog who continually invite me to give talks, trainings, PTA meetings etc. 

5. I pray that Allah swt continue to give me the strength and opportunity to share my knowledge with as much readers and listeners while I am still alive.