"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


25 April 2015

Sirih pulang ke gagang - Mesyuarat PIBG SK Air Baruk, Jasin, Melaka Sabtu 11 April 2015

1. Setelah meninggalkan sekolah ini selama 50 tahun, Allah swt memberikan saya peluang dan ruang untuk kembali ke sekolah ini.

2. Kali ini, kepulangan saya bukanlah sebagai seorang pelajar namun sebagai seorang bekas pelajar. Saya telah dijemput oleh pihak sekolah untuk merasmikan mesyuarat PIBG dan seterusnya memberikan Sarana Ibubapa.

3. Sekolah ini mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupan saya.

4. Di sinilah saya mula mendalami Bahasa Inggeris kerana bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris. Pada waktu itu saya telah lulus peperiksaan kelayakan dan telah diterima untuk memasuki Special Malay Class.

5. Saya masih ingat pengalaman menaiki bas sejauh 50 batu setiap hari dari rumah saya di Kg Parit Putat, Merlimau untuk sampai ke sekolah ini di Jasin.

6. Pendidikan Bahasa Inggeris yang saya terima di sekolah ini membolehkan saya menulis sebuah buku dalam Bahasa Inggeris yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 








 
 


Bersama Guru Besar (kanan) dan YDP PIBG (kiri)

1. After leaving this school for 50 years, Allah swt has granted me the strength and space to return to this school.
 
2. This time, my return is not as a student but as an ex-student. I was invited by the school to officiate the PTA meeting and subsequently to give a lecture.
 
3. This school has a profound meaning in my life.
 
4. This is where I improved my English because the communication medium at that time was in English. At that time, I participated and passed the entrance examination and was later accepted into the Special Malay Class.
 
5. I still vividly remember my experience riding a public bus 50 miles from my house in Kg Parit Putat, Merlimau to this school in Jasin.
 
6. The English exposure I received here has allowed me to write a book in English which will be published soon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan