"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


6 Jun 2015

Bagaimanakah Rekabentuk Pingat Tokoh Guru?

1. Soalan ini pernah ditanya kepada saya oleh beberapa orang yang ingin mengetahui bentuk pingat tokoh guru tanpa melihat kepada sebarang foto, video dan sebagainya. Mereka bertanya kepada saya kerana saya telah menerima pingat ini selaku Tokoh Guru Kebangsaan 2011

2. Saya sertakan sedikit ekstrak daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai rekabantuk pingat Tokoh Guru itu untuk pengetahuan umum.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bentuk
Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Corak
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan. Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni.

Warna
Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.

http://www.moe.gov.my/v/tokoh-guru-kebangsaan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan