"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


11 Jun 2015

Guru Besar Sekolah Kecil

1. Saya menemui artikel ini semasa sedang melayari internet untuk mencari maklumat untuk kajian terbaru saya.

2. Artikel ini dipaparkan di Harian Metro Online (myMetro).

3. Sebenarnya senario ini tidaklah berbeza daripada senario yang dihadapi oleh para guru yang menabur bakti di semua sekolah di luar bandar ataupun pedalaman sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

4. Mereka melaksanakan pelbagai tugas serentak demi memastikan urusan sekolah dan P&P berjalan lancar.

5. Pada masa dahulu saya pernah mendengar guru besar yang juga menjadi jurutaip.

6. Saya berdoa agar para guru yang terus berbakti di kawasan pedalaman atau luar bandar ini diberikan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual sepanjang masa.

7. Semoga semua pengorbanan anda dirahmati Allah swt.

http://www.hmetro.com.my/node/55177?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan