"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


22 Ogos 2012

Bicara Hikmah (Seminar)

Saya telah dijemput oleh pihak Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Melaka (PUSTAKAM) untuk memberi seminar bertajuk "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Dibawah ini adalah makluman lanjut tentang seminar tersebut:

Tarikh: 19th September 2012
Hari: Rabu
Masa: 0900 pagi - 1030 pagi
Tempat: Auditorium Masjid Al-Azim
Peserta: Guru Besar & Pengetua Sekolah-sekolah di Melaka
Bilangan: 350 orang

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada seminar ini nanti, boleh lah menghubungi saya ditalian (013-3628956) atau email saya di ab.rahim_lsmc@yahoo.com.

Latest:
Kerana permintaan teks seminar saya yang terlalu banyak daripada hadirin di majlis diatas, maka saya telahpun muat naik teks penuh seminar diatas. Anda boleh simpan fail tersebut dalam bentuk word documents. Sila klik pada link dibawah:
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA




Pengurusan Disiplin Pelajar (Buku terbaru)

Untuk makluman semua para pendidik, buku terbaru hasil tulisan saya bertajuk "Pengurusan Disiplin Pelajar" akan berada dipasaran pada akhir tahun 2012 ini.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk semua guru-guru disiplin, guru kaunselling & guru penolong kanan (HEP) serta boleh diguna pakai oleh pelatih-pelatih di institut pendidikan guru.

Buku ini diterbitkan oleh SASBADI Sdn. Bhd, sila dapatkan dipasaran.

Warisan & Wawasan Seorang Pendidik (Autobiografi)

Saya telah ditawarkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) untuk menerbitkan autobiografi tentang diri saya sepanjang 40 tahun kerjaya sebagai seorang pendidik.

Mengikut perancangan, buku ini akan diterbitkan pada akhir tahun 2012 ini ataupun awal tahun 2013.
Antara isi penting buku ini adalah berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1965 hingga akhir tahun 2012.

Dalam masa itu, perkembangan yang terpenting adalah perubahan dalam pengurusan institusi pendidikan sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri, bahagian-bahagian dalam Kementerian Pendidikan & perpisahan diantara pengurusan sekolah dengan institut pendidikan tinggi awam.

Selain daripada itu, beberapa perubahan dari aspek latihan para guru, kurikulum, sistem penilaian, kemudahan infrastruktur & penggunaan ICT dalam pendidikan.

Buku ini di fikirkan sesuai dijadikan bahan rujukan untuk latihan guru-guru & pengurus-pengurus dalam sistem pendidikan terutamanya Guru Besar, Pengetua & pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah.

9 Ogos 2012

Pendidikan Pra-Sekolah

Pendidikan pra-sekolah adalah satu jenis pendidikan yang begitu penting bagi setiap kanak-kanak sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan. Ia begitu penting kerana pra-sekolah adalah permulaan kepada pendedahan kanak-kanak kepada dunia ilmu & pembelajaran. Oleh itu, inisiatif kerajaan untuk memberikan geran kepada pengusaha-pengusaha pra-sekolah ini adalah satu bentuk bantuan yang perlu di pandang positif oleh semua pihak.

Semasa saya berkhidmat di UNISEL dulu, saya pernah terlibat secara langsung tentang pendidikan pra-sekolah. Alhamdulillah, akhirnya satu program 'Pendidikan Pra-Sekolah' telah berjaya di tawarkan oleh UNISEL dan mampu menarik ramai para lulusan SPM untuk menjadikan ia sebagai salah satu jurusan ilmu mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya Pendidikan Pra-Sekolah itu dijaga kualiti & maruahnya.

Selain itu, kita juga pastinya tidak mahu anak-anak kita gagal di bentuk dengan sempurna daripada permulaan umur mereka kerana ianya akan menjadikan mereka kurang berminat dengan alam persekolahan. Saya berharap agar semua pihak yang telah menerima geran daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM10,000.00 akan menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin agar mampu mengangkat taraf pendidikan pra-sekolah Malaysia setara dengan negara-negara maju.

Artikel dari bernama : Bernama Webpage : Pre-school Education

4 Ogos 2012

Siri Dialog Pendidikan (April - Disember 2012)

Ketika ini pihak ahli panel-panel yang dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin sedang dalam proses menjelajah ke seluruh Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas dari semua lapisan masyarakat tentang sistem Pendidikan Negara. Proses dialog ini telah bermula dari bulan April yang lepas dan dijangka berterusan hingga ke hujung tahun 2012 ini.

Untuk maklumat lanjut : Berita Harian - Siri Dialog Pendidikan April

Dalam proses tersebut, 7 ahli panel tempatan yang telah dilantik terdiri daripada pakar pendidikan tempatan dan 4 lagi ahli panel luar negara untuk mengumpul, mengkaji & menyiapkan laporan terperinci tentang proses transformasi pendidikan agar ia kekal relevan dengan kehendak masa hadapan dan sesuai dengan sasaran negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Saya berharap agar semua pihak-pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan di Malaysia samada secara langsung atau tidak langsung akan memberikan input-input yang bernas dalam masa ini agar kita dapat menghasilkan satu laporan yang sangat sesuai & padan dengan corak masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Semoga hasrat kita untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara setaraf dengan negara maju akan menjadi kejayaan. Insyaallah...