Pendidikan pra-sekolah adalah satu jenis pendidikan yang begitu penting bagi setiap kanak-kanak sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan. Ia begitu penting kerana pra-sekolah adalah permulaan kepada pendedahan kanak-kanak kepada dunia ilmu & pembelajaran. Oleh itu, inisiatif kerajaan untuk memberikan geran kepada pengusaha-pengusaha pra-sekolah ini adalah satu bentuk bantuan yang perlu di pandang positif oleh semua pihak.
Semasa saya berkhidmat di UNISEL dulu, saya pernah terlibat secara langsung tentang pendidikan pra-sekolah. Alhamdulillah, akhirnya satu program 'Pendidikan Pra-Sekolah' telah berjaya di tawarkan oleh UNISEL dan mampu menarik ramai para lulusan SPM untuk menjadikan ia sebagai salah satu jurusan ilmu mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya Pendidikan Pra-Sekolah itu dijaga kualiti & maruahnya.
Selain itu, kita juga pastinya tidak mahu anak-anak kita gagal di bentuk dengan sempurna daripada permulaan umur mereka kerana ianya akan menjadikan mereka kurang berminat dengan alam persekolahan. Saya berharap agar semua pihak yang telah menerima geran daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM10,000.00 akan menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin agar mampu mengangkat taraf pendidikan pra-sekolah Malaysia setara dengan negara-negara maju.
Artikel dari bernama : Bernama Webpage : Pre-school Education
Tiada ulasan:
Catat Ulasan