"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


22 November 2014

Ceramah "Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi" di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka Khamis 20 Nov 2014

1. Alhamdulillah saya telah memberikan satu sesi ceramah kepada 60 orang guru di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka pada hari Khamis 20 November 2014.
Alhamdulillah I gave a lecture to 60 teachers at Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba, Jasin, Malacca on Thursday 20th November 2014.

2. Atas permintaan pihak sekolah, ceramah ini dilaksanakan dengan merujuk kepada buku tulisan saya yang bertajuk "Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi".
Based on the wishes of the school, the lecture was based on the contents of my book "Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi".

 
3. Kesungguhan dan keinginan pihak pengetua dan guru MRSM TGB dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan kepimpinan sekolah patut dijadikan contoh kepada MRSM yang lain serta sekolah-sekolah yang lain juga.
The determination and willingness of the MRSM TGB headmistress and teachers to increase the management and leadership efficiency should be emulated by other MRSMs and schools as well.

4. MRSM TGB juga turut membeli 10 buah buku tersebut untuk rujukan dan bacaan di sekolah di kalangan guru dan para pelajar di perpustakaan sekolah.
MRSM TGB also bought 10 books to be made a reading material for teachers and also students at the school library.

5. Saya berharap pengetua, guru dan pelajar MRSM TGB mendapat manfaat yang penuh daripada buku dan ceramah tersebut untuk terus meningkatkan kecekapan dalam mengurus dan memimpin MRSM TGB.
I hope that MRSM TGB's headmistress, teachers and students will reap the maximum benefit from the book as well as the lecture to increase the management and leadership efficiency of MRSM TGB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan