"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


28 Mei 2014

Ucapan Terima Kasih!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada jemputan khas, guru, pegawai, pelawat dan rakan-rakan yang telah mengunjungi pameran saya semasa majlis Sambutan Hari Guru 2014 peringkat negeri Selangor yang diadakan di Hotel Sama-Sama, KLIA pada Rabu 21 Mei 2014.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan ilmuwan yang telah membeli karya buku saya tempoh hari.

Semoga sokongan dan dorongan daripada anda akan menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menghasilkan karya buku yang mendokong sistem pendidikan Malaysia khususnya dan ilmu amnya.

Terima kasih!








    
 
  

   








I take this opportunity to express my gratitude to the VIPs, teachers, officers, visitors and colleagues who visited my exhibition booth during the 2014 Selangor state-level Teachers' Day celebration which was held on Wednesday 21st May 2014 at Sama-Sama Hotel, KLIA.

I also would like to express my gratitude to teachers, colleagues and knowledge enthusiasts who reviewed and bought my books.

May your support and encouragement spur me to continue writing and producing more books which will support the Malaysian education system specifically and knowledge generally.

Thank you!

21 Mei 2014

Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor pada hari Rabu 21 Mei 2014 di Hotel Sama-Sama, KLIA

Pertama kali dalam sejarah hidup saya apabila saya akan mempamerkan kesemua hasil karya buku, anugerah, pingat, keratan akhbar dan juga gambar-gambar saya semasa sesebuah majlis sambutan Hari Guru.

Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Guru peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada hari Rabu 21 Mei 2014 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA, saya akan mempamerkan sejarah hidup saya untuk tontonan umum.

Saya menjemput semua guru dan ilmuwan untuk menemui saya di gerai saya yang dinamakan "Tokoh Guru Kebangsaan 2011" iaitu gerai nombor 2 (bersebelahan gerai Bank Rakyat dan Bank Islam) pada hari Rabu 21 Mei 2014 bermula jam 8pagi sehingga jam 3petang.

Saya berharap pameran sulung saya ini akan dapat memberikan semangat kepada para guru dan pelawat untuk terus menyokong sistem pendidikan Malaysia khususnya dan menambahkan kecintaan kepada penulisan karya-karya akademik amnya.




It will be a personal historic moment for me as I will display all my books, awards, medals, newspaper extracts and also personal photos during a  Teachers' Day celebration.

In conjunction with the 2014 Selangor Teachers' Day celebration which will be held on Wednesday 21st May 2014 at Sama-Sama Hotel KLIA, I will display all the above for public viewing. 
 
I cordially invite all teachers and knowledge enthusiasts to visit my booth named "Tokoh Guru Kebangsaan 2011" which is the 2nd booth (adjacent to Bank Rakyat dan Bank Islam's booths) on Wednesday 21st May 2014 from 8am to 3pm.
 
I hope my sole exhibition will encourage teachers and visitors to continue supporting the Malaysian education system specifically and increase the love of writing academic books generally.

Ucapan terima kasih!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru, pelawat dan rakan-rakan yang telah mengunjungi gerai YGMB dan juga gerai karya buku saya di Dewan Tun Razak 3 dari 14 hingga 16 Mei 2014.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan ilmuwan yang telah membeli karya buku saya tempoh hari.

Semoga sokongan dan dorongan daripada anda akan menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menghasilkan karya buku yang mendokong sistem pendidikan Malaysia khususnya dan ilmu amnya.

Terima kasih!












I take this opportunity to express my gratitude to  all teachers, visitors and colleagues who visited YGMB's booth as well as my book's booth in Tun Razak 3 Hall between 14th to 16th May 2014.
 
I also would like to express my gratitude to teachers, colleagues and knowledge enthusiasts who reviewed and bought my books during those 3 days.
 
May your support and encouragement spur me to continue writing and producing more books which will support the Malaysian education system specifically and knowledge generally.

Thank you!

19 Mei 2014

Pelancaran buku tulisan saya sempena Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan 2014

Alhamdulillah, perancangan untuk melancarkan buku-buku yang saya tulis bersama rakan-rakan sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2014 telah berjaya disempurnakan.
 
Pelancaran buku-buku tersebut telah disempurnakan semasa Karnival Hari Guru 2014 yang diadakan di Dewan Tun Razak 3, Tingkat 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada hari Rabu 14 Mei 2014. Karnival Hari Guru 2014 ini merupakan salah satu aktiviti sokongan yang menyokong sambutan perayaan Hari Guru 2014 peringkat kebangsaan yang dimulakan sejak bulan April 2014 lagi.
 
Detik bersejarah pelancaran buku-buku tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Y.B. Tuan P. Kamalanathan a/l Panchanathan dan disaksikan oleh wakil daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), wakil Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), wakil Utusan Malaysia serta media massa yang lain, para penaja majlis, guru-guru serta orang awam yang menghadiri majlis tersebut.
 
 
 
 
 Y.B. Tuan P. Kamalanathan di ruang Kementerian Pendidikan Malaysia bersama para pelajar
 
 
 Y.B. Tuan P. Kamalanathan bersama dif kehormat yang lain semasa upacara perasmian Karnival Hari Guru 2014 di Dewan Tun Razak 3
 
 


 Y.B. Tuan P. Kamalanathan merasmikan Karnival Hari Guru 2014







 Y.B. Tuan P. Kamalanathan merasmikan 3 buah buku tulisan saya dan rakan-rakan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan 2014 dan disaksikan oleh wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), wakil Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), wakil pihak Utusan Malaysia, para guru dan hadirin yang lain.
 
 
Ketiga-tiga buku yang dilancarkan adalah buku-buku yang disenaraikan di bawah:
  
Ketokohan Profesion Keguruan: Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta 2012
 
Ketokohan Profesion Keguruan: Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta 2013
 
Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi
 
 
Alhamdulillah, saya juga sempat menghadiahkan ketiga-tiga buku tersebut kepada Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan II dan juga Timbalan Menteri Pendidikan I pada hari Jumaat 16 Mei 2014 semasa Sambutan Perayaan Hari Guru 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Tun Razak 3 iaitu semasa Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan II dan Timbalan Menteri Pendidikan I membuat lawatan ke gerai-gerai pameran.
 
 
 
Untuk yang berminat untuk mendapatkan buku-buku tersebut, bolehlah melayari seksyen Hubungi Saya @ Contact Me. Selain itu, untuk para guru dan ilmuan yang berada di negeri Johor, buku-buku tersebut juga boleh diperolehi daripada syarikat Johore Central Store yang berada di Plaza Kotaraya, Johor Bahru.
 
 
Alhamdulillah, all efforts to launch books which my colleagues and I wrote in conjunction with the 2014 National Teachers' Day  celebration became a reality and a success.
 
Launching of those books were accomplished during the 2014 Teachers' Day Carnival which was held at Tun Razak 3 Hall, 3rd Floor, Putra World Trade Center on Wednesday 14th May 2014. 2014 Teachers' Day Carnival was part of a list of events beginning since April 2014 leading to the main event on 16th May 2014. 
 
The historic launching ceremony was officiated by Deputy Education Minister II, The Honourable Mr. P. Kamalanathan a/l Panchanathan and was witnessed by Ministry of Education representatives, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) representatives, Utusan Malaysia as well as other media representatives, event sponsors, teachers as well as visitors who attended the launching ceremony.
 
 
 
 
 The Honourable Mr. P. Kamalanathan at the Ministry of Education booth with students
 
 
 The Honourable Mr. P. Kamalanathan with other distinguished guests during the launching ceremony of the 2014 Teachers' Day Carnival in Tun Razak 3 Hall

 


The Honourable Mr. P. Kamalanathan officially launched the 2014 Teachers' Day Carnival







The Honourable Mr. P. Kamalanathan officially launched 3 books which my colleagues and I wrote in conjunction with the 2014 Teachers' Day, witnessed by Ministry of Education representatives, Yayasan Guru Malaysia Berhad representatives, Utusan Malaysia and other media representatives, teachers and visitors.
 
 
The three books which were launched are listed below:
  
Ketokohan Profesion Keguruan: Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta 2012
(Loosely translated to Teaching Profession Icons: National Education Leadership Icon, National Teacher Icon and National Private School Icon 2012) 
 
Ketokohan Profesion Keguruan: Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta 2013
(Loosely translated to Teaching Profession Icons: National Education Leadership Icon, National Teacher Icon and National Private School Icon 2013)
 
Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi 
(High Performance School: A Transformation) 
 
Alhamdulillah, I also managed to present those 3 books to The Honorable Education Minister, The Honorable Education Minister II and The Honorable Deputy Education Minister I on Friday 16th May 2014 during their visit to the exhibition boots in Tun Razak 3 Hall.
 
 
 
 
For those interested to obtain those books, purchase orders can be placed by clicking Hubungi Saya @ Contact Me section of this blog. Besides that, for teachers and knowledge enthusiasts in Johor, those books can be obtained from Johore Central Store situated in Kotaraya Plaza.