"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


7 Mei 2014

Buku sempena Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan tahun 2014

Saya dan rakan-rakan telah menulis 2 buah buku yang bertemakan Tokoh Guru di Malaysia.

Berdasarkan kajian saya, tiada buku ditulis mengenai Tokoh Guru serta elemen-elemen yang berkaitan dengan konsep Tokoh Guru, sedangkan sambutan Tokoh Guru dilakukan setiap tahun.

Saya harap penulisan ini akan memberi lebih galakan kepada diri saya sendiri dan juga kepada para penulis yang lain untuk menulis mengenai Tokoh Guru. Pada pandangan saya, hubungan antara Guru dan ilmu (termasuklah penulisan ilmu dalam bentuk buku, majalah dll) amat rapat dan tidak boleh dipisahkan.

InsyaAllah kedua-dua buku ini akan dilancarkan semasa majlis Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2014 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

InsyaAllah kedua-dua buku ini akan dilancarkan oleh Menteri Pendidikan II pada jam 10 pagi 14 Mei 2014 di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Semua penggemar ilmu dan ilmuan dijemput hadir ke majlis pelancaran kedua-dua buku tersebut.


My co-authors and I wrote 2 books encompassing "Tokoh Guru" in Malaysia. "Tokoh Guru" can be loosely translated as "Excellent Teachers".
 
Based on my research, there is no book written regarding "Tokoh Guru" or the elements surrounding "Tokoh Guru", even though it is celebrated annually in Malaysia.

I hope these books will spur myself and other writers to write books related to "Tokoh Guru". I believe that the relationship between a Teacher and knowledge (including relaying of knowledge via books, magazines etc) is so close and cannot be separated. 
 
InsyaAllah both books will be officially launched during the national-level 2014 Teacher's Day celebration which will be held at Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur. 
 
InsyaAllah both books will be launched by Education Minister II at 10am 14th May 2014 at Tun Razak 3 Hall, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.
 
All knowledge enthusiasts are invited to the launching ceremony. 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan