"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


13 Mei 2014

Pelancaran buku-buku tulisan saya semasa majlis Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2014


Saya dan rakan-rakan telah menulis 2 buah buku yang bertemakan Tokoh Guru di Malaysia.

InsyaAllah kedua-dua buku ini akan dilancarkan semasa majlis Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2014 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

InsyaAllah kedua-dua buku ini akan dilancarkan oleh Menteri Pendidikan II pada jam 10 pagi 14 Mei 2014 di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Selain daripada 2 buku tersebut, buku ketiga yang bertajuk "Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi" juga akan dilancarkan pada waktu tersebut.

Ketiga-tiga buku tersebut boleh dibeli daripada wakil penjual di gerai Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Gerai nombor 49, Dewan Tun Razak 3, Tingkat 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Gerai YGMB akan dibuka sejak 14 Mei sehingga 16 Mei 2014.

Semua penggemar ilmu dan ilmuan dijemput hadir ke gerai tersebut.


My co-authors and I wrote 2 books encompassing "Tokoh Guru" in Malaysia. "Tokoh Guru" can be loosely translated as "Excellent Teachers".
 
InsyaAllah both books will be officially launched during the national-level 2014 Teacher's Day celebration which will be held at Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur. 
 
InsyaAllah both books will be launched by Education Minister II at 10am 14th May 2014 at Tun Razak 3 Hall, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.
 
Besides those books, my third book titled "Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi" will also be launched during that session.

All 3 books can be bought from the Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) booth, booth number 49, Tun Razak 3 Hall, Level 3, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.

The YGMB booth will be opened from 14th May to 16th May 2014.

All knowledge enthusiasts are invited to the booth. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan