"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


22 April 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Salah satu usaha pembangunan sistem pendidikan negara kita ialah dari segi kualiti selepas kita berjaya mencapai prestasi assesibiliti dan ekuiti.

Pemain utama dalam usaha meningkatkan kualiti ialah guru bilik darjah selain daripada pemimpin seperti pengetua, infrastruktur dan sokongan masyarakat.

Tema hari guru peringkat kebangsaan tahun 2012 ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan satu tema yang begitu kritikal kerana 400,000 lebih guru bilik darjah sebagai golongan majoriti mempunyai pengaruh yang terkuat untuk mentrasformasikan kualiti pendidikan negara.

Untuk mencapai hasrat itu, guru perlu inovatif iaitu mengubah secara besar-besaran keadah atau pendekatan pengajaran mereka di bilik darjah. Walaupun sebahagian besar guru boleh dikatakan masih berada di tahap inovatif yang sederhana.

Mereka lebih merupakan professional yang mengajar secara rutin, iaitu lebih meneruskan cara mengajar yang sedia ada seperti masa-masa lalu sedangkan inovasi memerlukan mereka berpindah dari budaya kerja yang rutin yang telah bertahun-tahun diamalkan kepada yang baru yang banyak menggunakan teknologi dan lebih mengutamakan pelanggan iaitu pelajar.

Guru-guru yang inovatif itu ialah guru-guru yang membuat pengubahsuaian secara kecilan sahaja kepada amalan yang sedia ada. Mereka ini boleh jadi lebih baik jika mereka menjadi kreatif iaitu mereka-cipta pendekatan mengajar yang baru. Untuk itu mereka perlu terlibat dalam penyelidikan tindakan, berani mengambil risiko, bukan mengajar untuk peperiksaan sahaja dan bersedia untuk gagal.

Ciri-ciri guru-guru yang inovatif dan kreatif dinegera kita masih belum begitu jelas dikalangan sebahagian besar bilangan guru. Dengan itu usaha mentransformasi pendidikan negara dengan menjadikan faktor inovasi sebagai pra-syarat dikalangan guru adalah sangat perlu dan perlu mendapat sokongan yang kuat daripada semua pihak.

Guru yang inovatif dan kreatif jelas terdapat di negara-negara maju seperti Korea, Finland, Jepun dan lain-lain hingga pencapaian prestasi pelajar-pelajar mereka dalam pertandingan antarabangsa seperti TIMSS (Trend In Mathematics And Science Survey) di negara-negara tersebut melebihi prestasi pelajar-pelajar di negara kita.

Saya dengan ini secara bangganya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua para-para guru di seluruh Malaysia.







Isu PTPTN

Pada pendapat saya, PTPTN masih diperlukan oleh pelajar terutama yang kurang mampu.
Isu terbesar ialah membayar balik hingga menyebabkan dana pusingan tidak dapat dikembangkan dan tidak dapat diberi kepada pelajar-pelajar masa hadapan.
Jika PTPTN ingin digantikan dengan satu sistem baru dimana pelajar-pelajar menabung sebelum mereka masuk ke universiti, itu merupakan skim yang lebih baik.
Tetapi mereka mesti menabung daripada darjah 1 selama 11 tahun, jumlahnya cukup untuk membiayai kos pengajian mereka hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pada pendapat saya, faedah PTPTN sudah begitu jelas dari sejak ia ditubuhkan. Mungkin apa yang perlu diperbaiki ialah sistem pengurusannya sahaja. Adalah tidak wajar pengurusan PTPTN itu dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Jika isunya ialah pengurusan maka cara penyelesaiannya juga mestilah melalui perubahan kepada sistem pengurusannya yang perlu diperbaiki dan bukannya melalui cara-cara lain seperti berdemonstrasi.

Cara-cara seperti berdemonstrasi / tunjuk perasaan tidak sesuai untuk negara yang ingin menuju ke taraf negara maju & ada cara yang lebih professional & intelektual yang boleh diguna pakai. 

12 April 2012

Hujah TV9 - Tokoh Guru Kebangsaan 2011

Saya dan Dato Siva Subramaniam telah dijemput oleh pihak TV9 untuk ditemuramah di dalam program mingguan mereka iaitu Hujah TV9. Program yang dipengerusikan oleh En. Aziz Desa ini membincangkan tentang pengalaman, harapan & isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Kami juga diajukan 1 soalan daripada penonton berkenaan dengan insentif para guru di Malaysia yang kurang berbanding di negara-negara lain.

Di bawah ini adalah sekeping gambar yang diambil semasa rancangan ini sedang berjalan. Ia diambil oleh anak lelaki saya.
















Dibawah ini pula adalah salinan video pendek ketika program ini sedang berjalan. Ia adalah hasil rakaman anak lelaki saya.




Kosmo (9 April) - Utamakan Bakat, Minat sebelum pilih program

Saya mendapat peluang menulis didalam akhbar Kosmo (Edisi: Gerbang Kampus) pada 9hb April 2012 yg lepas.

Saya membincangkan tentang pentingnya untuk kita memahami kursus yang akan kita lalui sepanjang masa pengajian kita. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memahami tingkahlaku & minat anak-anak mereka supaya tidak timbul masalah salah pilih program di univesiti nanti.

Selanjutnya anda boleh baca artikel dibawah yang telah di ambil oleh anak saya.


Keluarga Abdul Jabbar

Saya berasa sangat gembira kerana hasil usaha salah seorang saudara saya, Rusnan Abas telah berjaya mengumpul semua maklumat tentang generasi keluarga saya hingga ke peringkat generasi ke-8.

Malah ianya lebih manis apabila satu majis rasmi telah diaturkan untuk bertemu dengan semua waris keluarga abdul jabbar. Kesudian Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam untuk merasmikan majlis ini merupakan satu lagi coretan sejarah dalam keturunan keluarga saya.

Hasil daripada usaha saudara saya ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan geran untuk pembinaan muzium abdul jabbar & ianya menjadi salah satu mercu tanda tempat untuk melancong di bahagian selatan negeri melaka. 

Selain itu, muzium ini juga boleh dijadikan tempat untuk membuat kajian & rujukan bagi pengkaji-pengkaji yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keluarga abdul jabbar. 

Dibawah ini adalah hasil keratan akhbar pada hari Selasa (8/11/2011) untuk tatapan semua.


Malaysia Hari Ini (TV3) - "Cara mengatasi kanak-kanak yang pendiam & pemalu"

Beberapa bulan yang lepas saya telah di undang oleh TV3 melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) untuk membincangkan topik tentang "Cara mengatasi kanak-kanak yang pendiam & pemalu" bersama dengan seorang lagi panel (Encik Zaid Mohamad - Perunding Keibubapaan).

Ia adalah satu topik yang penting dalam proses mendidik kanak-kanak daripada mula mereka masuk ke alam tadika hinggalah ke peringkat tertinggi di universiti. Sikap pemalu adalah satu sifat semulajadi didalam diri seorang kanak-kanak & jika ianya tidak di jaga atau di perhatikan boleh mengundang kepada masa depan yang sukar bagi mereka.

Dalam talk-show ini, saya memberikan pendapat saya dari perspektif sebagai seorang pendidik. Bagaimana seorang kanak-kanak yang pemalu itu perlu diberi perhatian yang sepenuhnya agak mereka tidak merasa malu & takut di sepanjang sessi persekolah mereka.

Beberapa pemanggil juga ada memberikan pendapat mereka didalam talk-show ini & saya serta En. Mohd Zaid akan cuba menjawab & merungkai sebarang persoalan daripada mereka.

Dibawah adalah klip video yang telah anak saya rakam semasa talk-show itu sedang disiarkan.







Majlis Perasmian UNICLIQ.COM

Tarikh : 1 April 2012
Tempat : AEON Setiawangsa.

Portal Pendidikan pertama di Malaysia khusus untuk pelajar dari Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5 telah dilancarkan baru-baru ini. Saya selaku penasihat kepada UNICLIQ Sdn. Bhd berasa sangat berbangga merasmikan pelancaran portal ini.

Kemudahan akses internet seharusnya dilengkapki dengan kemudahan untuk mendapatkan ilmu yang disediakan di dalam bilik darjah. Mengikut 100% sukatan pelajaran Malaysia, UNICLIQ.COM adalah medium yang sangat sesuai & relevan untuk semua pelajar-pelajar zaman ini.

Sememangnya pelancaran UNICLIQ.COM ini amat sesuai dengan kehendak & trend masa kini remaja yang dilihat sering menghabiskan masa mereka melayari internet. Ini membuatkan mereka tidak leka & lalai dan membuang masa melayari internet tanpa arah & tujuan sebaliknya boleh mengisi masa lapang itu dengan mengulangkaji pelajaran.

Pakej harga yang ditawarkan oleh UNICLIQ.COM begitu berpatutan dan ianya mampu di langgan oleh semua pelajar tidak kira didesa ataupun dibandar. Syarikat UNICLIQ.COM menyasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 500,000 pelanggan portal pendidikan ini dalam tahun 2012.

Untuk memudahkan portal ini mendekati pelajar-pelajar, syarikat telah melantik Duta Rasmi UNICLIQ.COM yang pertama iaitu Najwa Latif. Najwa Latif adalah ikon remaja yang boleh menjadi contoh yang paling sesuai betapa kemudahan teknologi masa kini tidak menghalang kita untuk terus menuntut ilmu walau dimana kita berada.

Semoga portal pendidikan ini akan menjadi satu kaedah yang terbaru untuk setiap pelajar belajar tidak kira masa dan tempat dan seterusnya mampu melahirkan keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan. 



















Dibawah adalah video klip (Ihsan: TheSeventeenElevent) yang diambil dari YouTube sepanjang sessi perasmian UNICLIQ.COM.