"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


22 April 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Salah satu usaha pembangunan sistem pendidikan negara kita ialah dari segi kualiti selepas kita berjaya mencapai prestasi assesibiliti dan ekuiti.

Pemain utama dalam usaha meningkatkan kualiti ialah guru bilik darjah selain daripada pemimpin seperti pengetua, infrastruktur dan sokongan masyarakat.

Tema hari guru peringkat kebangsaan tahun 2012 ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan satu tema yang begitu kritikal kerana 400,000 lebih guru bilik darjah sebagai golongan majoriti mempunyai pengaruh yang terkuat untuk mentrasformasikan kualiti pendidikan negara.

Untuk mencapai hasrat itu, guru perlu inovatif iaitu mengubah secara besar-besaran keadah atau pendekatan pengajaran mereka di bilik darjah. Walaupun sebahagian besar guru boleh dikatakan masih berada di tahap inovatif yang sederhana.

Mereka lebih merupakan professional yang mengajar secara rutin, iaitu lebih meneruskan cara mengajar yang sedia ada seperti masa-masa lalu sedangkan inovasi memerlukan mereka berpindah dari budaya kerja yang rutin yang telah bertahun-tahun diamalkan kepada yang baru yang banyak menggunakan teknologi dan lebih mengutamakan pelanggan iaitu pelajar.

Guru-guru yang inovatif itu ialah guru-guru yang membuat pengubahsuaian secara kecilan sahaja kepada amalan yang sedia ada. Mereka ini boleh jadi lebih baik jika mereka menjadi kreatif iaitu mereka-cipta pendekatan mengajar yang baru. Untuk itu mereka perlu terlibat dalam penyelidikan tindakan, berani mengambil risiko, bukan mengajar untuk peperiksaan sahaja dan bersedia untuk gagal.

Ciri-ciri guru-guru yang inovatif dan kreatif dinegera kita masih belum begitu jelas dikalangan sebahagian besar bilangan guru. Dengan itu usaha mentransformasi pendidikan negara dengan menjadikan faktor inovasi sebagai pra-syarat dikalangan guru adalah sangat perlu dan perlu mendapat sokongan yang kuat daripada semua pihak.

Guru yang inovatif dan kreatif jelas terdapat di negara-negara maju seperti Korea, Finland, Jepun dan lain-lain hingga pencapaian prestasi pelajar-pelajar mereka dalam pertandingan antarabangsa seperti TIMSS (Trend In Mathematics And Science Survey) di negara-negara tersebut melebihi prestasi pelajar-pelajar di negara kita.

Saya dengan ini secara bangganya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua para-para guru di seluruh Malaysia.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan