"Tidak ada tamat untuk menuntut ilmu"


25 Disember 2012

Radio 24 Bernama

Saya telah dijemput oleh pihak Bernama melalui radio 24 bersama dengan Dr.Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka. Kami berdua akan bersiaran pada Hari Rabu (26/12/2012) mulai jam 6 ptg hingga 7 ptg. Tajuk yang akan dibincangkan ialah tentang Pelan Pembangunannya Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Dijemput semua pendidik seluruh negara untuk sama-sama mendengar di saluran tersebut agar kita dapat sama-sama menyumbang idea ke arah kemajuan sistem pendidikan Malaysia masa hadapan.

4 November 2012

Simposium Pendidikan Bestari: Pembelajaran Ubiquitous UntukTransformasi Pendidikan

Saya telah dijemput untuk mempengerusikan satu program seperti tajuk diatas. Program ini di jalankan selama 3 hari bermula hari ini 4 November 2012. 

Kepada semua pendidik-pendidik di luar sana, marilah kit jadikan program ini sebagai satu platform untuk kita sama-sama menyumbang idea bagi menjadikan proses transformasi pendidikan negara Malaysia satu kenyataan.

Sila klik di link di bawah untuk mengetahu dengan lebih lanjut tentang program di atas.

27 Oktober 2012

Pengurusan Sekolah Bistari (Satu Pengenalan)

Sebuah blog pendidikan telah memperkenalkan buku hasil tulisan saya pada tahun 2000.
Ini adalah satu hasil tulisan saya diperingkat permulaan pengenalan Sekolah Bistari di Malaysia pada ketika itu.

Pengurusan Sekolah Bistari (Satu Pengenalan)

International Conference on Technology in Mathematical Research and Teaching

The opening messages for the International Conference on Technology in Mathematical Research and Teaching by the respective Ministry of Education at that time, Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak. 

Also listed the messages from USM Vice Chancellor at that time, Dato' Prof Ishak Tambi Kechik, Dr Yahya Abu Hassan, the organizing committee chair person &  Prof Wei-Chi Yang, the Chair person of the program committee. 

International Conference on Technology in Mathematics Research and Teaching

Perisian sains, matematik oleh RECSAM

Antara usaha-usaha yang telah dibangunkan oleh semua pegawai-pegawai RECSAM yang berdedikasi dalam memartabatkan pengajian Sains & Matematik di Malaysia.

RECSAM - Perisian sains & matematik

Recsam to market innovative teaching aids

Sekali lagi saya terjumpa artikel lama ketika saya berkhidmat di RECSAM, Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Antara harapan & cita-cita saya untuk memajukan lagi industri Sains & Matematik di seluruh ASEAN.

Recsam 1997 articles

100 hari selepas mentadbir IAB

Dibawah adalah hasil wawancara ketika saya telah dilantik menjadi Pengarah IAB menggantikan Dr. Ibrahim Bajunnid. Proses transformasi yang saya ingin tekankan ini adalah untuk menjadikan IAB lebih terkenal & berdaya saing dimasa hadapan.

Kakitangan IAB gagal ujian dihantar ke kelas pemulihan

Kata-kata ikhlas dari seorang guru biasa...

Sedang saya asyik melayari internet untuk mencari bahan untuk buku terbaru saya, saya terjumpa sebuah blog daripada seorang pendidik yang telah merakamkan kata-kata saya ketika saya menerima anugerah tokoh guru kebangsaan 2011. Saya harap kata-kata ikhlas saya ini menjadi tatapan dan azimat untuk semua para pendidik diseluruh negara.

farihinzul1974 - Tokoh kita : Mereka yang dikagumi

6 Oktober 2012

Tiba giliran Ab.Rahim mentadbir IAB

Saya terjumpa artikel ini ketika saya sedang melayari internet untuk mencari maklumat.
Artikel ini diterbitkan oleh pihak Utusan pada tahun 1999 di mana saya telah kembali ke Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai Pengarah IAB yang kelima.
Sebelum itu saya pernah dipinjamkan seketika ke RECSAM (Pulau Pinang) sebagai Pengarah.
Begitu cepat masa berlalu selepas perlantikan itu. Namun IAB adalah salah satu tempat yang banyak menyimpan kenangan di dalam sejarah saya sebagai seorang pendidik.

Klik untuk link dibawah untuk membaca berita penuh:
Tiba giliran Ab.Rahim mentadbir IAB

23 September 2012

Jualan Buku di UPSI, Tanjong Malim

Untuk maklumat semua para pelajar, guru-guru & ahli-ahli akademik sekitar Tanjong Malim, Behrang, Slim River dikawasan Utara & sekitar Hulu Bernam, Serendah, Berjuntai Bestari, Ijok, Kuala Selangor & Rawang di bahagian Selatan, saya akan berada di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim mulai esok 23hb September 2012 (Isnin) hingga 27hb September 2012.(Khamis) dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

Antara buku-buku yang akan di pamerkan adalah daripada hasil nukilan saya seperti dibawah:

   


Serta buku terbaru hasil tulisan saya, Sekolah Berprestasi Tinggi seperti dibawah :


Selain daripada buku-buku diatas, saya juga ada menjual beberapa buah buku-buku daripada terbitan SASBADI SDN. BHD yang sesuai untuk pelajar-pelajar PMR & SPM seperti kertas-kertas peperiksaan lepas & buku-buku rujukan akademik.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah ke pesta buku di UPSI, Tanjong Malim mulai esok.

Jika ada dikalangan anda di luar sana yang berminat untuk membuat pesanan secara pukal, bolehlah bertemu dan berbincang secara terus dengan saya esok di UPSI Tanjong Malim. Anda juga boleh hubungi saya ditalian (013-3628956) untuk membuat temujanji ketika sesi di UPSI esok. Jumpa anda di sana...



9 September 2012

Bengkel latihan konsultansi pendidikan

Besar kemungkinan bengkel atas belum pernah diadakan di Malaysia. Saya,telah menganjurkan bengkel di atas untuk staf profesional Institut Aminuddin Baki Kem.Pelajaran Malaysia dari 3 -7 SEPT. selama 30 jam.Antara konten ialah-definisi,konsep,falsafah,model, kriteria menjadi konsultan pendidikan,kemahiran--kemahiran spesifik untuk menjadi konsultansi pendidikan profesional.Saya pernah menjadi konsultansi pendidikan untuk Unesco,Asian Development Bank(ADB) dan World Bank(WB) untuk Palestine,Indonesia dan Malaysia antara 1994-2002.Untuk Malaysia menjadi negara menjelang 2020, salah satu indikatornya ialah adakah Malaysia sudah konsultan pendidikan berdaftar dan persatuan profesional nya? Bersamalah kita membina kepakaran tahapnya ini supaya dari perspektif pendidikan Malaysia selaras bahkan lebih baik daripada negara maju yang lain.Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

22 Ogos 2012

Bicara Hikmah (Seminar)

Saya telah dijemput oleh pihak Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Melaka (PUSTAKAM) untuk memberi seminar bertajuk "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Dibawah ini adalah makluman lanjut tentang seminar tersebut:

Tarikh: 19th September 2012
Hari: Rabu
Masa: 0900 pagi - 1030 pagi
Tempat: Auditorium Masjid Al-Azim
Peserta: Guru Besar & Pengetua Sekolah-sekolah di Melaka
Bilangan: 350 orang

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada seminar ini nanti, boleh lah menghubungi saya ditalian (013-3628956) atau email saya di ab.rahim_lsmc@yahoo.com.

Latest:
Kerana permintaan teks seminar saya yang terlalu banyak daripada hadirin di majlis diatas, maka saya telahpun muat naik teks penuh seminar diatas. Anda boleh simpan fail tersebut dalam bentuk word documents. Sila klik pada link dibawah:
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA




Pengurusan Disiplin Pelajar (Buku terbaru)

Untuk makluman semua para pendidik, buku terbaru hasil tulisan saya bertajuk "Pengurusan Disiplin Pelajar" akan berada dipasaran pada akhir tahun 2012 ini.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk semua guru-guru disiplin, guru kaunselling & guru penolong kanan (HEP) serta boleh diguna pakai oleh pelatih-pelatih di institut pendidikan guru.

Buku ini diterbitkan oleh SASBADI Sdn. Bhd, sila dapatkan dipasaran.

Warisan & Wawasan Seorang Pendidik (Autobiografi)

Saya telah ditawarkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) untuk menerbitkan autobiografi tentang diri saya sepanjang 40 tahun kerjaya sebagai seorang pendidik.

Mengikut perancangan, buku ini akan diterbitkan pada akhir tahun 2012 ini ataupun awal tahun 2013.
Antara isi penting buku ini adalah berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1965 hingga akhir tahun 2012.

Dalam masa itu, perkembangan yang terpenting adalah perubahan dalam pengurusan institusi pendidikan sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri, bahagian-bahagian dalam Kementerian Pendidikan & perpisahan diantara pengurusan sekolah dengan institut pendidikan tinggi awam.

Selain daripada itu, beberapa perubahan dari aspek latihan para guru, kurikulum, sistem penilaian, kemudahan infrastruktur & penggunaan ICT dalam pendidikan.

Buku ini di fikirkan sesuai dijadikan bahan rujukan untuk latihan guru-guru & pengurus-pengurus dalam sistem pendidikan terutamanya Guru Besar, Pengetua & pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah.

9 Ogos 2012

Pendidikan Pra-Sekolah

Pendidikan pra-sekolah adalah satu jenis pendidikan yang begitu penting bagi setiap kanak-kanak sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan. Ia begitu penting kerana pra-sekolah adalah permulaan kepada pendedahan kanak-kanak kepada dunia ilmu & pembelajaran. Oleh itu, inisiatif kerajaan untuk memberikan geran kepada pengusaha-pengusaha pra-sekolah ini adalah satu bentuk bantuan yang perlu di pandang positif oleh semua pihak.

Semasa saya berkhidmat di UNISEL dulu, saya pernah terlibat secara langsung tentang pendidikan pra-sekolah. Alhamdulillah, akhirnya satu program 'Pendidikan Pra-Sekolah' telah berjaya di tawarkan oleh UNISEL dan mampu menarik ramai para lulusan SPM untuk menjadikan ia sebagai salah satu jurusan ilmu mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya Pendidikan Pra-Sekolah itu dijaga kualiti & maruahnya.

Selain itu, kita juga pastinya tidak mahu anak-anak kita gagal di bentuk dengan sempurna daripada permulaan umur mereka kerana ianya akan menjadikan mereka kurang berminat dengan alam persekolahan. Saya berharap agar semua pihak yang telah menerima geran daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM10,000.00 akan menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin agar mampu mengangkat taraf pendidikan pra-sekolah Malaysia setara dengan negara-negara maju.

Artikel dari bernama : Bernama Webpage : Pre-school Education

4 Ogos 2012

Siri Dialog Pendidikan (April - Disember 2012)

Ketika ini pihak ahli panel-panel yang dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin sedang dalam proses menjelajah ke seluruh Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas dari semua lapisan masyarakat tentang sistem Pendidikan Negara. Proses dialog ini telah bermula dari bulan April yang lepas dan dijangka berterusan hingga ke hujung tahun 2012 ini.

Untuk maklumat lanjut : Berita Harian - Siri Dialog Pendidikan April

Dalam proses tersebut, 7 ahli panel tempatan yang telah dilantik terdiri daripada pakar pendidikan tempatan dan 4 lagi ahli panel luar negara untuk mengumpul, mengkaji & menyiapkan laporan terperinci tentang proses transformasi pendidikan agar ia kekal relevan dengan kehendak masa hadapan dan sesuai dengan sasaran negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Saya berharap agar semua pihak-pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan di Malaysia samada secara langsung atau tidak langsung akan memberikan input-input yang bernas dalam masa ini agar kita dapat menghasilkan satu laporan yang sangat sesuai & padan dengan corak masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Semoga hasrat kita untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara setaraf dengan negara maju akan menjadi kejayaan. Insyaallah...

30 Julai 2012

Interaktif - Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (i-TRIM)

Seperti yang mana telah saya maklumkan di dalam blog saya beberapa minggu yang lepas, kini anda boleh melihat senarai penuh 30 buah sekolah yang terpilih seluruh negeri Selangor bagi menjalankan program i-TRIM bagi semua pelajar PMR dan SPM.

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selaku badan pelaksana bagi program ini telahpun menggariskan konsep, objektif, perlaksanaan, khidmat bimbingan, rumusan program, jangkamasa program dan sasaran program. Sila klik di link dibawah untuk melihat senarai penuh sekolah tersebut :
YGMB : i-TRIM.

Bagi memastikan kejayaan i-TRIM ini, dua syarikat bertaraf konsultan dalam bidang pendidikan telahpun dilantik oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) iaitu Training.Com Asia Sdn. Bhd (PMR dan SPM) dan UniCLIQ Sdn. Bhd (pembelajaran online bagi UPSR dan Sains Tulen SPM. Seperti mana yang anda juga ketahui, saya juga adalah penasihat kepada UniCLIQ Sdn. Bhd. Penyedia portal pembelajaran online ini telahpun berada di pasaran semenjak bulan April 2012 lagi.  

Apapun, saya amat-amat berharap agar setiap para pelajar di sekolah-sekolah yang telah terpilih ini akan menggunakan peluang yang ada sebanyak-banyaknya agar anda semua lebih bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi PMR dan SPM.

Usaha murni YGMB dengan sokongan penuh kerajaan ini adalah satu hadiah khas kepada setiap para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghadiri kelas tuisyen persendirian. Gunakanlah peluang ini dengan sebetul-betulnya agar anda mampu menjadi insan yang berjaya dimasa hadapan.

29 Julai 2012

Rebranding for Form Six Education in Malaysia.

During a visit to Jogjakarta recently, our Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin emphasized of idea of revamping the Form 6 education policy. He stressed that all form 6 in Malaysia will undergo a massive re-branding to make it an attractive pre-university proposition. He also mention that this exercise is aimed to boosting the image of the Form 6 education to a level that is on a par with, or else better than, other pre-university courses such as matriculation.
Read more here: New Straits Times - Revamp for form six

I look at this move by the government as a positive & has been long awaited by all education professionals in Malaysia. Currently in Malaysia Form 6 is being seen as a last resort by parents when their kids unable to enter any pre-university programs. This negative perception should be abolished by the public especially when Education Ministry will took this Form 6 case as a serious matter.

As a fully support in the process of re-branding on Form 6 image, my recent article on a title "Pendidikan Tingkatan Enam: Warisan & Wawasan", is a complete study on how the Form 6 education should move in meeting future demands in the world of education.
Read more here: BuangSelamat : Pendidikan Tingkatan Enam.html

This book have been on sale & if you intent to get a personal copy (also in bulk), please contact me directly (013-3628956) or you can call our office on below details:

Langkah Saga Management Consultancy 
Tel:     06-2328766 / 90
Fax:    06-2328769
Email: lsmc.com@gmail.com
Officer : Puan Siti Zubaidah

For all my collection of published book, please goto below link:
Buang Selamat - Contact Us





21 Julai 2012

Perlantikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

Alhamdulillah, pada tanggal 16 Julai 2012 (Isnin) yang lepas saya telah dilantik sekali lagi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengkaji semula sistem pendidikan negara. Lantikan kali ini adalah peringkat kedua untuk meneliti dan menilai semula dua pelan seperti dibawah.

i) Pelan Pembangunan Pendidikan (2012 - 2025)
ii) Pelan Strategik Pendidikan (2012 - 2015)

Dua pelan diatas terbahagi kepada pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Pelan terakhir yang pernah digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) pada tahun 2006 - 2010. Oleh itu, pelan diatas adalah lanjutan daripada PIPPM. Ini adalah penting dalam meneruskan program transformasi negara dari persepektif pendidikan selaras untuk mencapai hasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Dibawah ini saya lampirkan plak Watikah Perlantikan daripada YAB Timbalan Pendana Menteri Malaysia.


Saya berbesar hati ingin menjemput mana-mana ahli-ahli professional dalam bidang pendidikan malaysia untuk sama-sama menyumbang idea dan pendapat dalam melaksanakan pelan ini. Anda yang berminat boleh menghubungi saya ditalian (013-3628956).

Sebagai maklumat tambahan, saya juga telah menyiapkan sebuah buku bertajuk 'Sekolah Berprestasi Tinggi : Satu Transformasi'. Buku ini adalah cetakan 'Penerbit UTHM' yang baru sahaja disiapkan dalam tahun ini. Muka hadapan buku tersebut adalah seperti dibawah.








12 Julai 2012

Makluman


Saya akan mengadakan bengkel konsultansi pendidikan (Educational Consultancy) minggu pertama September untuk staf profesional Institut Aminuddin Baki. Bengkel selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pakar pendidik dalam bidang masing-masing menjadi konsultan bertaraf dunia. Sila hubungi saya untuk penerangan lanjut. (013-3628956)

Pendidikan Tingkatan Enam : Warisan & Wawasan


Baru-baru diberitakan bahawa imej pendidikan tingkatan enam akan dirombak secara besar-besaran untuk menjadikan ia lebih menarik hatta hingga lebih baik daripada program yang sedia ada seperti Matrikulasi. Antara aspek yang di rombak ialah pendekatan pembelajaran yang akan berpusatkan pelajar dan berfokus kepada pembelajaran kendiri. Secara langsung ia juga akan memerlukan rombakan kepada pendekatan pengajaran atau pedagogi yang lebih berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran kerana pengajaran dan pembelajaran ada teras tranformasi ini. 

Boleh rujuk buku saya seperti dibawah yang bertajuk “Pendidilan Tingkatan Enam: Warisan dan Wawasan” untuk maklumat lanjut:

3 Julai 2012

Tuisyen Rakyat 1 Malaysia...

Alhamdulillah, pada hari Khamis yang lepas iaitu 28/6/2012, Perdana Menteri kita (Dato' Sri Najib Bin Tun Razak) telah berbesar hati melancarkan satu lagi projek anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) iaitu Tuisyen Rakyat 1 Malaysia.

Tuisyen Rakyat 1 Malaysia atau singkatannya (iTRIM) ini memperuntukkan RM2 juta oleh kerajaan melalui dana khas untuk melaksanakan program. Kira-kira 10,000 calon UPSR, PMR & SPM di negeri Selangor menjadi negeri pertama untuk projek perintis ini.

Program ini akan melibatkan 107 sekolah rendah dan menengah diseluruh Selangor sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Dibawah ini adalah petikan akhbar (Utusan Malaysia) pada hari Jumaat 29.6.2012.
Diruangan kedua akhbar ini terselit gambar perasmian oleh PM kita dimana saya & Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom turut serta.


22 April 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Salah satu usaha pembangunan sistem pendidikan negara kita ialah dari segi kualiti selepas kita berjaya mencapai prestasi assesibiliti dan ekuiti.

Pemain utama dalam usaha meningkatkan kualiti ialah guru bilik darjah selain daripada pemimpin seperti pengetua, infrastruktur dan sokongan masyarakat.

Tema hari guru peringkat kebangsaan tahun 2012 ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan satu tema yang begitu kritikal kerana 400,000 lebih guru bilik darjah sebagai golongan majoriti mempunyai pengaruh yang terkuat untuk mentrasformasikan kualiti pendidikan negara.

Untuk mencapai hasrat itu, guru perlu inovatif iaitu mengubah secara besar-besaran keadah atau pendekatan pengajaran mereka di bilik darjah. Walaupun sebahagian besar guru boleh dikatakan masih berada di tahap inovatif yang sederhana.

Mereka lebih merupakan professional yang mengajar secara rutin, iaitu lebih meneruskan cara mengajar yang sedia ada seperti masa-masa lalu sedangkan inovasi memerlukan mereka berpindah dari budaya kerja yang rutin yang telah bertahun-tahun diamalkan kepada yang baru yang banyak menggunakan teknologi dan lebih mengutamakan pelanggan iaitu pelajar.

Guru-guru yang inovatif itu ialah guru-guru yang membuat pengubahsuaian secara kecilan sahaja kepada amalan yang sedia ada. Mereka ini boleh jadi lebih baik jika mereka menjadi kreatif iaitu mereka-cipta pendekatan mengajar yang baru. Untuk itu mereka perlu terlibat dalam penyelidikan tindakan, berani mengambil risiko, bukan mengajar untuk peperiksaan sahaja dan bersedia untuk gagal.

Ciri-ciri guru-guru yang inovatif dan kreatif dinegera kita masih belum begitu jelas dikalangan sebahagian besar bilangan guru. Dengan itu usaha mentransformasi pendidikan negara dengan menjadikan faktor inovasi sebagai pra-syarat dikalangan guru adalah sangat perlu dan perlu mendapat sokongan yang kuat daripada semua pihak.

Guru yang inovatif dan kreatif jelas terdapat di negara-negara maju seperti Korea, Finland, Jepun dan lain-lain hingga pencapaian prestasi pelajar-pelajar mereka dalam pertandingan antarabangsa seperti TIMSS (Trend In Mathematics And Science Survey) di negara-negara tersebut melebihi prestasi pelajar-pelajar di negara kita.

Saya dengan ini secara bangganya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua para-para guru di seluruh Malaysia.







Isu PTPTN

Pada pendapat saya, PTPTN masih diperlukan oleh pelajar terutama yang kurang mampu.
Isu terbesar ialah membayar balik hingga menyebabkan dana pusingan tidak dapat dikembangkan dan tidak dapat diberi kepada pelajar-pelajar masa hadapan.
Jika PTPTN ingin digantikan dengan satu sistem baru dimana pelajar-pelajar menabung sebelum mereka masuk ke universiti, itu merupakan skim yang lebih baik.
Tetapi mereka mesti menabung daripada darjah 1 selama 11 tahun, jumlahnya cukup untuk membiayai kos pengajian mereka hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pada pendapat saya, faedah PTPTN sudah begitu jelas dari sejak ia ditubuhkan. Mungkin apa yang perlu diperbaiki ialah sistem pengurusannya sahaja. Adalah tidak wajar pengurusan PTPTN itu dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Jika isunya ialah pengurusan maka cara penyelesaiannya juga mestilah melalui perubahan kepada sistem pengurusannya yang perlu diperbaiki dan bukannya melalui cara-cara lain seperti berdemonstrasi.

Cara-cara seperti berdemonstrasi / tunjuk perasaan tidak sesuai untuk negara yang ingin menuju ke taraf negara maju & ada cara yang lebih professional & intelektual yang boleh diguna pakai. 

12 April 2012

Hujah TV9 - Tokoh Guru Kebangsaan 2011

Saya dan Dato Siva Subramaniam telah dijemput oleh pihak TV9 untuk ditemuramah di dalam program mingguan mereka iaitu Hujah TV9. Program yang dipengerusikan oleh En. Aziz Desa ini membincangkan tentang pengalaman, harapan & isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Kami juga diajukan 1 soalan daripada penonton berkenaan dengan insentif para guru di Malaysia yang kurang berbanding di negara-negara lain.

Di bawah ini adalah sekeping gambar yang diambil semasa rancangan ini sedang berjalan. Ia diambil oleh anak lelaki saya.
















Dibawah ini pula adalah salinan video pendek ketika program ini sedang berjalan. Ia adalah hasil rakaman anak lelaki saya.




Kosmo (9 April) - Utamakan Bakat, Minat sebelum pilih program

Saya mendapat peluang menulis didalam akhbar Kosmo (Edisi: Gerbang Kampus) pada 9hb April 2012 yg lepas.

Saya membincangkan tentang pentingnya untuk kita memahami kursus yang akan kita lalui sepanjang masa pengajian kita. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memahami tingkahlaku & minat anak-anak mereka supaya tidak timbul masalah salah pilih program di univesiti nanti.

Selanjutnya anda boleh baca artikel dibawah yang telah di ambil oleh anak saya.


Keluarga Abdul Jabbar

Saya berasa sangat gembira kerana hasil usaha salah seorang saudara saya, Rusnan Abas telah berjaya mengumpul semua maklumat tentang generasi keluarga saya hingga ke peringkat generasi ke-8.

Malah ianya lebih manis apabila satu majis rasmi telah diaturkan untuk bertemu dengan semua waris keluarga abdul jabbar. Kesudian Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam untuk merasmikan majlis ini merupakan satu lagi coretan sejarah dalam keturunan keluarga saya.

Hasil daripada usaha saudara saya ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan geran untuk pembinaan muzium abdul jabbar & ianya menjadi salah satu mercu tanda tempat untuk melancong di bahagian selatan negeri melaka. 

Selain itu, muzium ini juga boleh dijadikan tempat untuk membuat kajian & rujukan bagi pengkaji-pengkaji yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keluarga abdul jabbar. 

Dibawah ini adalah hasil keratan akhbar pada hari Selasa (8/11/2011) untuk tatapan semua.


Malaysia Hari Ini (TV3) - "Cara mengatasi kanak-kanak yang pendiam & pemalu"

Beberapa bulan yang lepas saya telah di undang oleh TV3 melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) untuk membincangkan topik tentang "Cara mengatasi kanak-kanak yang pendiam & pemalu" bersama dengan seorang lagi panel (Encik Zaid Mohamad - Perunding Keibubapaan).

Ia adalah satu topik yang penting dalam proses mendidik kanak-kanak daripada mula mereka masuk ke alam tadika hinggalah ke peringkat tertinggi di universiti. Sikap pemalu adalah satu sifat semulajadi didalam diri seorang kanak-kanak & jika ianya tidak di jaga atau di perhatikan boleh mengundang kepada masa depan yang sukar bagi mereka.

Dalam talk-show ini, saya memberikan pendapat saya dari perspektif sebagai seorang pendidik. Bagaimana seorang kanak-kanak yang pemalu itu perlu diberi perhatian yang sepenuhnya agak mereka tidak merasa malu & takut di sepanjang sessi persekolah mereka.

Beberapa pemanggil juga ada memberikan pendapat mereka didalam talk-show ini & saya serta En. Mohd Zaid akan cuba menjawab & merungkai sebarang persoalan daripada mereka.

Dibawah adalah klip video yang telah anak saya rakam semasa talk-show itu sedang disiarkan.







Majlis Perasmian UNICLIQ.COM

Tarikh : 1 April 2012
Tempat : AEON Setiawangsa.

Portal Pendidikan pertama di Malaysia khusus untuk pelajar dari Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5 telah dilancarkan baru-baru ini. Saya selaku penasihat kepada UNICLIQ Sdn. Bhd berasa sangat berbangga merasmikan pelancaran portal ini.

Kemudahan akses internet seharusnya dilengkapki dengan kemudahan untuk mendapatkan ilmu yang disediakan di dalam bilik darjah. Mengikut 100% sukatan pelajaran Malaysia, UNICLIQ.COM adalah medium yang sangat sesuai & relevan untuk semua pelajar-pelajar zaman ini.

Sememangnya pelancaran UNICLIQ.COM ini amat sesuai dengan kehendak & trend masa kini remaja yang dilihat sering menghabiskan masa mereka melayari internet. Ini membuatkan mereka tidak leka & lalai dan membuang masa melayari internet tanpa arah & tujuan sebaliknya boleh mengisi masa lapang itu dengan mengulangkaji pelajaran.

Pakej harga yang ditawarkan oleh UNICLIQ.COM begitu berpatutan dan ianya mampu di langgan oleh semua pelajar tidak kira didesa ataupun dibandar. Syarikat UNICLIQ.COM menyasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 500,000 pelanggan portal pendidikan ini dalam tahun 2012.

Untuk memudahkan portal ini mendekati pelajar-pelajar, syarikat telah melantik Duta Rasmi UNICLIQ.COM yang pertama iaitu Najwa Latif. Najwa Latif adalah ikon remaja yang boleh menjadi contoh yang paling sesuai betapa kemudahan teknologi masa kini tidak menghalang kita untuk terus menuntut ilmu walau dimana kita berada.

Semoga portal pendidikan ini akan menjadi satu kaedah yang terbaru untuk setiap pelajar belajar tidak kira masa dan tempat dan seterusnya mampu melahirkan keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan. 



















Dibawah adalah video klip (Ihsan: TheSeventeenElevent) yang diambil dari YouTube sepanjang sessi perasmian UNICLIQ.COM.



4 Mac 2012

Ahli Panel Bebas Sistem Pendidikan Malaysia.

Di lantik oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ahli panel bebas bagi mengkaji semula sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh.

Tanggungjawab:

- Menilai semula semua aspek dalam sistem pendidkan di malaysia masa kini.
- Bersama dengan 6 orang panel yang terdiri daripada pelbagai bidang antaranya:

Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak (Presiden Universiti Antarabangsa Albukhary) - Pengerusi
Tan Sri Tony Fernandez (CEO Air Asia)
Tan Sri Azman Mokhtar (Pengerusi Khazanah)
Tan Sri Zarinah Anwar (Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti)
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah (Pengerusi Sunway Group)
Tan Sri Prof. Dr. Sharifah Hasbah Syed Hasan Shahabudin (Naib Canselor UKM)

Maklumat Lanjut:
The Star - Malaysian Education Panel elected by DPM.

Dibawah ini adalah rakaman dari berita TV3 berhubung perlantikan tersebut:



Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2011

Tarikh : 17th Mei 2011.
Lokasi : Dewan Borneo, Kuching Sarawak.

Keratan Akhbar: Berita Harian (muka surat 6)
                           Utusan Malaysia (muka hadapan)

Tokoh Guru Kebangsaan 2011:
1) Prof Dato Dr. Haji. Ab. Rahim Bin Haji Selamat (Melaka)
2) Dato Siva Subramaniam (Perak)
3) Dato Rita T. Jaafar @ Rita Bagong (Sabah)
4) Hamedah Wok Awang (Pahang)

Tokoh Kepimpinan 2011:
1) Datuk Dr Nor Adam @ Matnor Daim (Sarawak)

Makluman Lanjut:
Berita Harian - Empat dianugerah tokoh guru
Utusan Malaysia - Tokoh Guru Kebangsaan 2011
The Star - National Teachers Award 2011
Prime Minister Office Webpage - National Teacher Awards 2011
The Star - A fitting tribute
Cuepacs Blog - Fitting Tribute

Dibawah adalah rakaman semasa saya menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Dibawah adalah video presentation sebelum majlis penganugerahan berlangsung.